Tuesday, 10 September 2013

Benar Mahathir Tolak Hudud?! [video]

Pilihanraya Umum  Ke 13 telah lama melabuhkan tirainya, akan tetapi LAGU RAYA yang didendangkan oleh penyokong PAS yang kepalanya disumbat pil kuda PKR secara fanatiknya menyalahkan Tun Mahathir secara total menolak hudud yang pernah di draffkan kepada kerajaan Malaysia dizaman pemerintahan beliau.



"Ahli Parlimen Kulim Bandar  Baharu,Datuk Zulkifli Nordin bukan sahaja  tidak menjangka ucapannya di Parlimen akan menimbulkan isu besar,malah bersimpati  dengan sahabat-sahabat nya di barisan kerusi pembangkang apabila menjadi  'histeria' dan boleh menyebabkan 'kawan-kawan di Zoo Negara' terkejut dengan tindak balas mereka semasa ucapannya petang  tadi.Persidanga n Dewan Rakyat menjadi  hangat apabila Datuk Zulkifli Nordin  mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah 
Terengganu, membenarkan suami meliwat  isteri.


Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang  Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Ba ndar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah 
Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan  bagi seorang suami berbuat demikian. 

"Mereka (Pas) sering kali sebut yang kami nak laksanakan Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 
Kelantan 1993, Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu). Jadi kita kena tunjukkan kepada rakyat, adakah ini Hudud yang dimaksudkan oleh Islam.Kebetulan , saya ada kedua-duanya, satu drafnya dan satu lagi yang telah diluluskan, yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu sendiri.Yang jelas di sini ialah Enekmen Hudud, Qisas dan Takzir 2002 (Terengganu) yang diluluskan oleh DUN Terengganu ketika Pas memerintah Terengganu," ujarnya dalam sidang media di Lobi Parlimen. Antara contoh yang didedahkan Zulkifli bagi membuktikan ini bukan Hudud Islam sebaliknya ianya hudud Pas ialah di dalam seksyen 14, dia sebut jelas bagi tafsiran liwat, liwat adalah satu kesalahan merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain, ataupun antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang lain yang dilakukan di luar tabii (yang dilakukan melalui dubur). 

"Liwat di dalam enekmen Hudud Pas ini, bermakna lelaki dengan lelaki main ikut belakang, lelaki dengan perempuan ikut belakang. Itu dianggap liwat kecuali melalui dubur isterinya. Berma kna kalau dia main dubur isterinya, tak dianggap liwat. Jadi saya kata, ini Islam ke? Takkan liwat isteri, tak dianggap hudud kerana prinsip liwat ialah main ikut belakang. Ini perkara yang mereka simpan cukup lama, mereka takut ianya akan dibongkar," tambahnya.
Dalam masa yang sama,apa yang hendak dibangkit dan didedahkan beliau hari ini ialah soal agama ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dijadikan bahan politik murahan hanya untuk meraih undi. Ini yang berlaku hari ini. 


Video ini diupload pembangkang kononnya marah Ustaz Kazim 
menegur tindakkan PAS bersama parti komunis.

"Antara yang saya sebut, dahulu nakkan Negara Islam, hari ini Negara Islam dah tak jumpa dalam Al-Quran. Saya baca ucapan Presiden Pas sendiri, dahulu dan sekarang nak menunjukkan ada perubahan.Jika kita nak bercakap soal hudud,qisas dan takzir mesti dilaksanakan dalam konteks Negara, kena ada Negara baru boleh melaksanakan undang-undangny a.Jadi bagaimana Pas nak menjadi juara tentang hudud sedangkan dalam masa yang sama, mereka telah meninggalkan perjuangan Negara Islam. 

Keduanya, bagaimana Pas nak jadi juara dalam hudud, qisas dan takzir sedangkan dia berketuakan seorang yang berfahaman pluralisma.Plur alism telah disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kalau baca pendapat mana-mana ulama pun, semua berpendapat ianya satu fahaman yang sesat," ujarnya. 

Dalam konteks tersebut,bagaim ana Pas nak menjadi juara Hudud ??? Inilah yang digambarkan sebagai mainan politik semata- mata termasuk hudud yang Pas nak laksanakan.Kata nya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri. "Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud Pas.Ada percanggahan jelas,isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi," katanya. Menurut Zulkifli keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar- belit oleh pihak tertentu pada ketika itu."

Ustaz Kazim Pernah Soal Tun Mahathir tentang penolakkan Hudud PAS


Daeng : Ingatlah hudud dan qisas adalah wajib fardhiu kifayyah dan menjadi tanggung-jawab semua pihak tanpa perlu dipolitikkan dan dibuat hanya untuk menempah nama atau kuasa politik.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Benar Mahathir Tolak Hudud?! [video] Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 10 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!