Wednesday, 25 September 2013

BANGANG!!!! Si 2 Gay Melayu Yang Bahagia [video]

Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.

Pendek kata, memang berani matilah jika ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan mengenai hubungan mereka.

Namun sekarang tidak lagi apabila ada di kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.

Video ‘keindahan alam percintaan’ kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz & Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.

Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.

Tidak diketahui sama ada video itu dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.

Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.

Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.

Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.

Jika diperhatikan di laman sosial, siap ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana merasakan ia merupakan hak mereka.

Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia.- : sumber


Daeng kata: Rosak sudah anak bangsa kita...adakah kita masih mahu duk menganga?! Itu belum lagi filem dan drama yg duk tunjuk lelaki jadi perempuan dan perempuan jadi lelaki. tak kira la dari sapa sapa.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
BANGANG!!!! Si 2 Gay Melayu Yang Bahagia [video] Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 25 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!