Wednesday, 18 September 2013

Amy Search Muflis?!

Sebelum ini ada juga dengar khabar angin mengatakan rocker popular ini mengalami masalah kewangan tetapi tidak mengambil peduli sangat kerana mana mungkin penyanyi yang sudah lama bertapak dalam dunia seni mempunyai masalah duit.


Dengan status lagenda rock yang beliau pegang, Amy Search pastinya tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyelesaikan hutang peribadi. Namun, khabar yang sampai kepada kami mengatakan beliau menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan.

Lebih tepat, Amy Search telah gagal untuk selesaikan satu hutang enam angka yang berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.


Di atas, kami menerima satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang di’dakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.

Jika perkara ini benar, kami berharap Amy Search ada rancangan sendiri untuk menyelesaikan hutang di atas kerana pastinya sulit untuk beliau melakukan urusan kewangan di masa hadapan jika perkara ini berlarutan.


Daeng Kata: Semoga Bro Amy tabah mengharungi dugaan dan cubaan ini, lu memang legend tapi sayang..kelegendnan Bro hampir terhakis akibat sesuatu yang tidak diduga...Sabar ya wahai peminat rock-uu tanah air.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Amy Search Muflis?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 18 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!