Saturday, 21 September 2013

Ali Rustam Tetap Bertanding!

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam akhirnya memutuskan akan bertanding jawatan naib presiden Umno.Satu sumber yang rapat dengan Mohd Ali menafikan cakap-cakap bahawa beliau akan menarik diri daripada bersaing, sebaliknya beliau kini sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan borang pencalonan.

"Kami memeriksa dengan beliau pagi ini dan beliau memberitahu kami bahawa tidak ada sebab untuk beliau menarik diri daripada persaingan," kata sumber itu sambil menambah Ali dijangka tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 1 tengah hari Sabtu untuk menyerahkan borang.

Portal 'online' Utusan Malaysia pada sabtu melaporkan bahawa timbul persoalan sama ada Ali akan terus bertanding dan mungkin beliau akan menarik diri.-mStar


Ali Rustam Tetap Bertanding! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!