Saturday, 14 September 2013

3 Bersaudara Bayar Orang Baring Atas Jalan?!

"Nga dan Ngeh suruh Nizar arahkan orang-orangnya baring depan kereta Sultan Perak dan Raja Nazrin sebaik sahaja kereta Raja-Raja Melayu itu tiba "


Kuala Kangsar semalam digemparkan dengan Kes Mahkamah yang melibatkan 13 Individu yang berstatus "Perjuang" yang kini disabitkan kesalahan dan didenda penjara selama 2 tahun berserta RM5000.00 

Sebanyak 13 individu yang menyertai perhimpunan haram di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak empat tahun lalu, dihukum penjara dua tahun dan didenda RM5,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Mereka yang didakwa merusuh pada 6 Februari 2009 itu ialah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd. Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd. Thaib; Nazir Hamid, Mohd. Hasri Ismail dan Mohamed Ismail, 47.

Hakim Norsalha Hamzah memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa hari ini. Beliau juga memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal membayar denda tersebut. - Utusan

Now lancar tabung lagi~zasss...


NGA & NGEH BAGI DUIT KEPADA NIZAR SURUH ORANG ASING BARING ATAS JALAN

Team Mymassa telah bertemu dengan beberapa penduduk tempatan di Kuala Kangsar untuk menyelami hati mereka menjelang PRU13. Dalam beberapa pertemuan itu, kami sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh mereka kononnya perbuatan mereka berbaring di hadapan kereta Sultan Perak dan Raja Nazrin tempoh hari adalah atas arahan Nizar! Amat mengejutkan lagi bahawa, mereka dibayar untuk melakukan acara baring atas jalan itu, termasuklah mengupah orang-orang Mynmar, Bangladesh dan Indonesia.

Mymassa seakan tidak percaya perkara ini, Mymassa mengambil masa untuk menyelidik lebih lanjut lagi. Nampaknya cuti Sabtu dan Ahad Mymassa dihabiskan untuk perjuangan ini, perjuangan memastikan agama Islam, Raja-Raja kita, bangsa kita dan negara kita terus berada di tempatnya, di tempat yang Perlembagaan negara kita sudah tetapkan.

Akhirnya, Mymassa berjumpa dengan bekas orang kuat DAP!!!

Katanya, "saya lihat depan mata saya sendiri,Nga dan Ngeh beri Nizar wang di pejabat DAP Ipoh".

Katanya lagi, "Nga dan Ngeh suruh Nizar arahkan orang-orangnya baring depan kereta Sultan Perak dan Raja Nazrin sebaik sahaja kereta Raja-Raja Melayu itu tiba "

Kata Nga dan Ngeh ini lagi " orang Melayu ne senang saja, bagi saja duit, mereka akan baring..."


Mymassa mendesak supaya satu siasatan Diraja dilakukan kerana Nizar, Nga dan Ngeh jelas menghina Raja-Raja Melayu, Menghina Bangsa Melayu, Menghina Umat Islam dan Agama Islam.

Jika Nizar, Nga dan Ngeh kata tak benar, sila nafikan kajian kami ini!!!-  Sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
3 Bersaudara Bayar Orang Baring Atas Jalan?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!