Monday, 23 September 2013

3 Ahli Sindiket Ditahan Bersama Dadah Dan Peluru?

Kegiatan satu sindiket memproses dadah yang berselindung di sebalik sebuah premis melebur emas yang dijadikan sebagai makmal pemprosesan akhirnya terbongkar apabila sepasukan polis menyerbu sebuah rumah kedai di Bandar Baru Falim, Air Itam di sini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, polis berjaya memasuki premis berkenaan setelah memecahkan tiga pintu dengan menggunakan alat pemotong besi.

Dalam serbuan tersebut, tiga ahli sindiket terbabit berjaya ditahan biarpun mereka dikesan telah memotong wayar elektrik yang disambung bagi mengawal pintu besi premis berkenaan bagi menghalang dimasuki anggota polis.

Bagaimanapun, sebaik berjaya memasuki premis terbabit, polis menemukan 12 butir peluru dan beberapa peralatan memasak dipercayai digunakan bagi memproses dadah serta barang-barang peralatan melebur emas.

Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam yang diterima selepas curiga dengan kegiatan sindiket terbabit di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan mengenai serbuan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut. - UTUSAN




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
3 Ahli Sindiket Ditahan Bersama Dadah Dan Peluru? Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 September 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!