Monday, 5 August 2013

Ugutan "Kuih Syiah" Pada Kerajaan BN Kedah!


Padanlah ramai puak-puak PAS di Kedah merungut sakan apabila Mahfuz Omar dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang masih terlantar di hospital.

Selain dari suka mengeluarkan kenyataan yang bertaraf budak tak sekolah, Mahfuz dikatakan mempunyai tahap IQ yang sangat lemah untuk memahami masalah atau isu yang dikemukakan padanya.

Terbaru, saya difahamkan bahawa Mahfuz telah dikunjungi oleh beberapa bekas kakitangan Insaniah Holdings yang telah ditutup baru-baru ini ekoran hampir muflis dan gagal mencatat keuntungan. Kononnya, mereka mahu mengadu nasib pada Mahfuz…

Hasil dari perbincangan itu, Mahfuz telah mengugut Kerajaan BN Negeri Kedah yang baru berusia lebih kurang 3 bulan untuk membayar gaji bekas kakitangan Insaniah Holdings yang dikatakan tidak dibayar selama 2 hingga 3 bulan ini.

Kata Mahfuz, jika Mukhriz tidak selesaikan pembayaran gaji bekas kakitangan Insaniah Holdings itu, dia kononnya akan membawa isu tersebut mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong.

Pada saya, kalau ugutan Mahfuz itu ditujukan pada budak kecil yang belum bersunat, mungkin budak itu akan “terkucil” ketakutan. Tapi kalau dia berniat untuk mengugut Kerajaan BN Kedah begitu, rasanya dia yang akan malu sendiri kelak…

Untuk pengetahuan umum, Insaniah Holdings adalah syarikat utama yang ditubuhkan oleh PAS Kedah sejak mula mereka menjajah Kedah dulu. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang mendapat peruntukan lebih kurang RM15 juta setahun itu diletakkan di bawah pengurusan Insaniah Holdings.

Pada mulanya, Insaniah Holdings menerima peruntukan yang agak lumayan untuk memulakan perniagaan. Dibawahnya ada beberapa anak syarikat seperti Insan Medik, Insan Fasih, Insan Maya, Insan Bestari dan sebagainya. Semuanya bertaraf syarikat “sendirian berhad”

[Klik Sini Pendedah Penuh]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ugutan "Kuih Syiah" Pada Kerajaan BN Kedah! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 5 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!