Tuesday, 6 August 2013

Syiah Bertopengkan Melayu Untuk Hancurkan Sunni!

Nampaknya perniagaan air terkenal ECPI semakin menunjukkan taring mereka MEMBELA SYIAH. Umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan:


1. Tidak memboikot perniagaan ini atas dasar 'Perniagaan orang Melayu', lalu keuntungannya disumbangkan kepada PUAK SYIAH untuk menyesatkan umat Islam Sunni.

2. Memboikot perniagaan ini atas dasar 'Aqidah Islam Ahli Sunnah', lalu dengan ruginya syarikat ini, maka Syiah menjadi lemah dan tidak berupaya untuk menyebarkan kesesatan mereka.

Demi Allah, hanya iman anda sahaja yang boleh menentukan jawapan.

Berkenaan ECPI:

1. Menurut cerita-cerita orang di Melaka, jenama air ECPI yang bernilai mahal adalah cara syiah membiayai jariangan mereka. Air yang dijual pada harga setinggi RM7-8 sebotol besar itu adalah terlalu mahal.

2. Teknoloji yang dikatakan diguna untuk Electro Lustered Positive Ion Water tidak lojik langsung dari segi penerangan saintifiknya.

3. Dengan harganya yang mahal, ianya dapat dijual sebagai Multi Level Marketing (MLM) dan terbina jaringan syiah yang ada kepentingan komersil dan menjana kewangan untuk pergerakan mereka.

4. Adapun penipuan ECPI ini telah dibongkarkan. Boleh rujuk di sini: [sumber]
Blog tersebut mendedahkan ijazah, universiti dan qualification doktor-doktor yang disebut dalam laman web dan brishur adalah penipuan belaka.


Arkib Artikel : 27 08 2011

Kerajaan negeri Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat individu yang menjadi dalang kepada penyebaran fahaman Syiah di negeri ini bagi mengekang fahaman itu daripada menular kepada orang ramai.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata individu itu yang dipercayai pengasas kepada sebuah produk minuman kesihatan yang dikeluarkan di negeri ini.

"Kita akan mengmbil tindakan sewajarnya termasuk membatalkan lesen syarikat tersebut yang mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk itu di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj di Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri ini.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjdi dan jabatan kerajaan. 

"Buku dan risalah yang dirampas oleh JAIM dan enam remaja yang ditahan ketika serbuan itu akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dan enakmen kerajaan negeri," katanya. 

Mohd Ali berkata semua masjid dan surau di negeri ini yang pernah menerima sumbangan minuman kesihatan itu juga diarah tidak lagi menerimanya.

"Kita tidak tahu sebelum ini individu itu berselindung di sebalik produk yang dikeluarkannya untuk menyebarkan fahaman Syiah," katanya.

Produk minuman kesihatan itu agak popular di negeri ini dan kini dilaporkan mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang menerusi usahasama dengan sebuah syarikat dari negara China.

Mohd Ali juga berkata tiada masjid di negeri ini yang menyebarkan fahaman Syiah. - Malaysiakini

Usaha Datuk Seri Ali Rustam untuk bersama para pengamal media baru dianggap satu tindakkan baik dan diterima ramai disamping menyahut seruan Dato Seri Najib Razak agar membantu kerajaan dalam memperbetulkan persepsi rakyat terhadap kerajaan didalam media siber. :  https://www.facebook.com/Berjuang.Bersama.Ali.Rustam






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Syiah Bertopengkan Melayu Untuk Hancurkan Sunni! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 6 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!