Saturday, 31 August 2013

Syabas Abg Botak!!

Semalam, bertempat di pinggir Dataran Merdeka sewaktu seluruh Rakyat Malaysia sedang menyambut Ambang Merdeka, sekumpulan pengikut PR yang menamakan diri mereka Himpunan Hijau cuba membuat onar di situ dengan mengadakan ceramah dan cuba memperkenalkan bendera baru yang dikenali sebagai Sang Saka Malaya dengan bertujuan untuk menggantikan bendera Malaysia yang sedia ada, Jalur Gemilang.

Beberapa kelibat tokoh pembangkang seperti Pengerusi Kumpulan Hijau, Wong Tack, Adam Adli, A Samad Said, Bawani S, Blogger PR Tukar Tiub, Hishamuddin Rais dan beberapa orang lagi. Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku. Seorang Rakyat Malaysia yang amat prihatin, berkepala botak dan berbadan besar merampas Sang Saka Malaya.

Tindakan Abang Botak berkenaan harus dipuji dan diberi penghormatan. Terdiam A Samad, Said, Adam Adli, Blogger Tukar Tiub dan beberapa lain yang sedang berucap di situ.Adam Adli yang sebelum ini lantang bersuara umpama hero dilihat hanya berdiam diri.Nasib baik abang botak tidak menumbuknya.

Tahniah Abang Botak. Sekiranya pihak berkuasa tidak boleh bertindak ke atas manusia-manusia yang menghina bendera Malaysia. Biarlah kita Rakyat Prihatin yang bertindak dengan cara kita sendiri. Buat Abang Botak, sekiranya membaca posting ini,tahniah dari pihak kami.Syabas diucapkan.

- sumber


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Syabas Abg Botak!! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 31 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!