Friday, 30 August 2013

Sekarang Giliran Pelukis India Hina Islam?!


Atas nama seni kononnya, agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan diperhina dan diperlekehkan sesuka hati menerusi lukisannya.

Itu yang dilakukan oleh seorang pelukis berketurunan India bernama ANURENDRA JEGADEVA. Lukisan berkenaan merupakan salah satu daripada lukisan dalam Pameran Seni M50-Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL di Tingkat G2@at row Solaris Publika, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur.

Seorang pengunjung yang melawat pameran tersebut, terkejut apabila lukis yang berjudul, "ABC FOT THE MIDDLE AGE MIDDLE CLASSES' yang dihasilkan oleh ANURENDRA JEGADEVA begitu jelas menghina Islam dan Kristian.

Di dalam lukisan tersebut, HURUF 'I' telah ditulis 'I IS FOR IDIOT' dan di bawah lukisan yang berlatarbelakangkan seekor cimpanzi sedang mengayuh basikal, tertera tulisan BISMILLAH dalam tulisan Arab yang ditulis secara terbalik.

Manakala HURUF 'J' pula ditulis 'J IS FOR JUSUS'.



Lukisan tersebut jelas mengandungi unsur penghinaan kerana motif sebenar I FOR IDIOT tersebut adalah I FOR ISLAM yang dikaitkan dengan kalimah BISMILLAH yang tertera di bawah. Metafora yang digambarkan dengan kalimah BISMILLAH yang diterbalikkan, menjelaskan motif sebenar pelukis adalah untuk memomok-momokkan umat Islam dan menekan bahawa Islam adalah agama bodoh!

Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Abdul Karim Omar di Balai Polis Sentul petang semalam.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sekarang Giliran Pelukis India Hina Islam?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 30 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!