Friday, 2 August 2013

Pengikut Syiah Dalam PAS Bukan Perkara Baru - Dr. Asri

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui terdapat pengikut-pengikut Syiah di kalangan pemimpin PAS.

Malah katanya, perkara itu tidak dinafikan oleh pemimpin parti itu sendiri.

"Saya difahamkan oleh kawan-kawan dalam PAS, Syiah antara perkara yang ada di dalam PAS dan mereka tidak menafikannya.


"Mereka memaklumkan kepada supaya ada tindakan tegas untuk mengikis kewujudan Syiah dalam PAS, sebab isu Syiah dalam PAS bukan isu baru," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini.

Walaubagaimanapun, Menurut Asri, beliau tidak menolak isu ini sengaja diperbesar-besarkan sejak kebelakangan ini sebagai propaganda politik akibat kekeringan isu.

"Mungkin kalau mereka kata ada tak pihak mengambil kesempatan untuk menjadikan ia isu politik? Kemungkinnya ada dan berasas.

"Oleh kerana 'point' ada, maka orang ambil kesempatan. Tapi apa yang boleh kita simpulkan, Syiah adalah satu masalah dalam negara...

"(Tetapi) isu ini nampaknya diperbesarkan di dalam media sama ada ia disebabkan agenda politik atau disebabkan tiada isu semasa untuk dijadikan perbahasan selepas pilihan raya, jadi isu Syiah mengambil tempat," katanya.

Menurut Asri selain PAS, beliau juga difahamkan pengikut Syiah juga ada meresapi Umno tetapi jumlahnya agak kecil.

Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata isu Syiah-Sunni yang tercetus pada masa ini sengaja ditimbulkan oleh Umno sebagai propaganda politik untuk melaga-lagakan umat Islam, selain usaha untuk mengekalkan kekuasaan mereka.


Namun, Khalid tidak menolak hubungan baik beberapa pemimpin PAS dengan tokoh utama Syiah di luar negara memungkinkan parti itu dikaitkan dengan gerakan Syiah di negara ini.

Menyifatkan ajaran itu bijak dalam mengatur langkah secara rahsia, Asri berkata strategi pihak-pihak yang mengakui pengikut Syiah ini berkemungkinan untuk melindungi pihak-pihak tertentu.

"Syiah sepanjang kewujudannya, ia merupakan mazhab yang ditindas, jadi ia pandai dalam pergerakan 'underground'. Ia suatu yang semulajadi dan menjadi budaya supaya bergerak secara 'underground'.

"Jadi bila mereka tonjolkan diri ini (di media), mereka nak orang kenal, ataupun secara politiknya, mereka nak beritahu Ketua Syiah bukan yang ada dalam parti politik, tetapi yang berada di luar, sebab mereka nak melindungi beberapa rakannya di dalam sebahagian parti politik," katanya lagi.

Diminta mengulas laporan akhbar yang mengaitkan beberapa pemimpin PAS dengan mahzab itu, Asri berkata beliau pernah bertanyakan hal berkenaan kepada Mohamed Sabu namun Timbalan Presiden PAS, itu menafikannya.


"Saya pernah tanya Mat Sabu, tapi dia kata macam dia hanya peminat tokoh-tokoh Iran. Dia kata lah... Tapi saya tak pasti. Tapi apa yang saya dengar, begitulah," katanya.

Semalam, dalam wawancarnya, Khalid juga mengakui bahawa Mohamed Sabu menyanjungi perjuangan beberapa tokoh Iran, seperti Hizbullah dan Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Namun Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menafikan penglibatan Mohamed Sabu dengan Syiah atas alasan pernah bersama-sama beliau semasa ditahan di Penjara Kamunting, dan melihat cara beliau bersolat dan beribadat adalah sama seperti pengikut-pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. - sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pengikut Syiah Dalam PAS Bukan Perkara Baru - Dr. Asri Daeng Selili Rating: 5 Friday, 2 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!