Saturday, 10 August 2013

Pemimpin Barisan Nasional Jangan Syok Sendiri!

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz, berkata Barisan Nasional (BN) harus memulakan kempen menarik sokongan rakyat dari sekarang dan tidak menunggu ketika hampir pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, program berbentuk kemasyarakatan harus dilaksana secara bersama dengan parti komponen bagi memperlihatkan kepada umum parti itu mewakili suara semua kaum.

"BN juga harus menjalankan program-program untuk menghampiri rakyat secara berterusan dan bukannya kepada ahlinya semata-mata," katanya di sini.

Beliau yang diminta berkongsi pandangan mengenai strategi yang harus diambil BN pada PRU14 nanti, juga berkata parti komponen perlu memperkemaskan jentera masing-masing dengan tumpuan kepada orang muda.

Bekas Ketua Wanita Umno itu berkata, BN sebagai parti yang meneraju kerajaan pusat harus melaksanakan transformasi seperti yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kerajaan. Sejak meneraju kepimpinan negara pada 2009, Najib sangat jelas dengan wawasan Malaysia sebagai negara moden, progresif dan sentiasa memandang ke hadapan dalam mengamalkan demokrasi yang melindungi hak dan kebebasan rakyat, katanya.

Rafidah, 70, yang memegang portfolio perdagangan antarabangsa dan industri selama 21 tahun dari 1987 hingga 2008, antara menteri yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu juga antara pemimpin Umno paling lama berkhidmat dalam parti khususnya dalam Wanita Umno. - antarapos

PRU13 dah lepas kuasa memerintah dah dapat, Barisan Nasional mesti terus berada dihati rakyat dengan memenanginya bermula sekarang bukan seminggu nak PRU14 baru la masa itu duk bergadai golok.

BN buktikan pemerintah negara kita mampu dengan memberi teladan yang baik kepada umum bukan sekadar membela tengkuk ahli sahaja sedangkan ramai ahli sendiri hari ini ibarat "melepas anjing tersepit"  kung kung kung NGAP!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pemimpin Barisan Nasional Jangan Syok Sendiri! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 10 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!