Friday, 2 August 2013

NGO Islam Bimbang Pengaruh Syiah Dalam PAS

Meskipun PAS menafikan bahawa terdapat pemimpin parti itu yang menjadi pengikut Syiah, namun beberapa pertubuhan bukan kerajaan bertegas ada pengaruh ajaran sesat mahzab itu dalam diri beberapa pemimpin utama PAS.

Bagi Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, hal berkenaan tidak boleh dipandang enteng kerana jika ia dibiarkan berterusan, dalam jangka panjang kumpulan itu berkemampuan menghura-harakan negara.

“Saya melihat ada pengaruh Syiah dalam kalangan pemimpin PAS ini bukan sedikit, cuma kalau nak bukti satu-satu adakah mereka mengamalkannya ini (perkara) nombor dua.

“Soal seseorang mengamalkan Syiah atau tidak, ia soal yang lain. Cuma yang kita lihat bagaimana Syiah boleh mengambil kesempatan atas PAS itu sendiri. Wujudnya pemimpin-pemimpin yang pro-Syiah dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Antarapos di sini hari ini.

Abdullah juga menyatakan kebimbangan beliau sekiranya ajaran Syiah semakin menular di negara ini ditambah lagi dengan pengaruh pemimpin-pemimpin utama parti politik, maka fahaman itu semakin sukar dibendung.

Ancaman Syiah, katanya mempunyai kecenderungan menghuru-harakan sesebuah negara, seperti mana yang berlaku di negara-negara Arab yang lain.

“Itu yang kita tak setuju sebab bagi kita Syiah ini menyeleweng, bidaah dan ancaman kepada penganut-penganut Sunni yang berbahaya.

“Jika Syiah boleh mendapat tempat di negara kita melalui saluran parti politik atau jawatan-jawatan yang berpengaruh di dalam negara, kita akan berdepan masalah besar,” katanya.

Menurut Abdullah jika perkara itu terjadi, maka akan berlaku konfrontasi antara Syiah dan Sunni.

“Mereka (Syiah) menyimpan permusuhan mendalam terhadap kaum Sunnah. Sebab itu mana-mana parti atau kumpulan dalam Malaysia yang ada hubung-kait dengan Syiah, maka kita anggap ia serius sebab ia akan membawa akibat yang buruk kepada negara,” katanya lagi.

Pandangan beliau turut dikongsi bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim yang meminta mereka yang sudah terpesong jauh kembali kepada pegangan agama Islam yang sebenar.



Malah katanya, sukar untuk membezakan penganut-penganut Syiah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah secara zahir dan adalah penting ajaran itu dikekang.

“Agak sukar kadang-kadang untuk kenalpasti orang yang mengamalkan dan menyebarkan serta membawa ajaran Syiah ke dalam masyarakat sebab kadang-kadnag dalam kumpulan tertentu mereka bertindak di depan lain, di belakang lain.

“Kerana dalam Syiah sendiri ada dasar ‘takiyah’ iaitu tidak melahirkan apa yang sebenanrnya mereka amalkan.

“Kemungkinan boleh berlaku apa sahaja, termasuk dalam politik dunia memang berlaku begitu (yang mana) aliran perjuangan didasarkan kepada kumpulan tertentu dan berpandukan kepada doktrin-doktrin tertentu.

“Kecuali mereka yang berjuang di jalan Allah dan keimanan kepada sifat-sifat dan akhlak yang baik berdasarkan prinsip agama yang betul,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS termasuk Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad menafikan penglibatan pemimpin parti itu terlibat dengan fahaman Syiah.



Menurut Khalid, beberapa pemimpin parti itu seperti Timbalan Presiden Mohamed Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dipercayai dikaitkan sebagai pengikut Syiah kerana mempunyai hubungan baik dengan tokoh utama Syiah.

Khalid yang juga adalah ahli parlimen Shah Alam turut mendakwa isu Syiah sengaja diperbesarkan media massa dan Umno sebagai propaganda politik untuk melaga-lagakan umat Islam seterusnya membolehkan mereka kekal berkuasa – Antarapos


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
NGO Islam Bimbang Pengaruh Syiah Dalam PAS Daeng Selili Rating: 5 Friday, 2 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!