Wednesday, 21 August 2013

Nahas Genting Highland : 30 Masih Di Dalam Bas

3 daripada mangsa terkorban dalam nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands. Doktor dilaporkan sedang mengesahkan status mangsa di dalam bas belum dibawa naik lagi.


"Saya mendapat berita lebih 30 mangsa masih di dalam bas, status mereka belum diketahui lagi dan doktor sedang mengesahkan samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia," ujar sumber.

Walau bagaimanapun statistik itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

BERNAMA pula melaporkan, menurut pasukan Bomba dan Penyelamat, 33 dikhuatiri maut. Sebelum ini 19 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 antara mereka maut.

Jika benar kenyataan itu, maka itu antara kejadian paling ngeri berlaku di pusat peranginan tanah tinggi terkemuka di Malaysia itu. Seperkara lagi, bas terbabit dalam tragedi itu ternyata menbawa lebih penumpang, 49 orang, berbandung bilangan dibenarkan.


200 anggota bomba termasuk 50 anggota JPAM bersama-sama anggota polis dan ambulan serta polis bantuan Genting Highlands terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa.

Laluan yang sesak memaksa anggota keselamatan bergerak ke lokasi kemalangan dengan berjalan kaki. - Utusan

*Sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban..






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nahas Genting Highland : 30 Masih Di Dalam Bas Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 21 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!