Sunday, 11 August 2013

Nadi Melayu P. Ramlee Siri 2 [video]

Dokumentari sejam ini aku ingatkan ulangan kisah biasa yang pernah aku dengar. lepas 10 minit jangkaan aku ternyata meleset. asal nak tidor tak jadi pasal nak tahu kisah tragis dokumentari ini.


banyak point yang aku pelajari daripada dokumentari indah ini. pengarah dokumentari ini suhaimi baba dan rakan penerbitnya aida..dua orang ni cukup sinonim dalam karya filem genre baru.

kisah ini lebih menjurus dan cukup fokus pada kehidupan P. Ramlee  saat mula jatuh hingga menjadi miskin papa kedana.


sebelum ini aku didendangkan akan cerita p ramlee yang kaki mabuk, namun fakta ini masih belum aku ketemui. aku mohon maaf kepada p ramlee dan keluarga kerana berburuk sangka.

daripada khayalan buruknya penghujung hidup P. Ramlee  akhirnya baru aku ketemui kisah tragis yang melanda bapak filem melayu ini.

4 sahabat yang jelas cukup sayang pada P. Ramlee adalah sudin,aziz satar,ibrahim din dan hm shah pemilik shah hotel yang masih beroperasi di pj.

P. Ramlee mula jatuh bila jalan ampas di tutup. kenapa studio jalan ampas di tutup ? kerana LEE KUAN Yew arahkan pemilik studio ini supaya memberhentikan operasi.

puncanya kerana mogok kesatuan pekerja filem. dalam tembual ini, lee kuan yew cukup bimbang dengan protes pelbagai kesatuan sekerja, lebih lebih lagi jika ia diketuai oleh melayu.

P. Ramlee mati karier di situ. aku pendekkan cerita pasal aku rasa hiba. aku cerita perkara ni kat wife aku, dia sekadar diam seribu bahasa.

P. Ramlee manusia hipokrit dan pandai berpura-pura. jangan salah anggap makna ayat ini. dia pandai menyorokkan kehidupan susahnya daripada pengetahuan saloma isteri kesayangan dan mariani, adik iparnya.

Dia berjenaka untuk menghiburkan kita. tanyalah apa dialog pun, pasti kita akan mampu ulang dan buat sketsa lawak nya. labu labi,seniman bujang lapok. do re mi adalah manifestasi ketulenan bahawasanya dia memang berbakat besar.

namun dalam keadaan lawak yang superb itu, dia menyembunyikan susah hidupnya. 

Di pernah dihina oleh syarikat EMI yang menjadi syarikat rakaman suaranya. shaw brother persis cina, lebih menguntungkan bisnes daripada menghargai jasa orang yang menaikkan namanya. keadaan penghinaan ini berterusan hingga ke saat akhir hayat p ramlee.

Aziz Satar sewaktu pertemuan empat mata terakhirnya dengan P. Ramlee  dalam dokumentari ini tidak dapat menahan sebak. kawannya yang pernah dijulang masyarakat, hanya makan saki baki nasi berlaukkan telur goreng.

Kasihan apabila pemenang anugerah pelakon terbaik asia dalam filem sarjan hasan, pernah mengemis bekerja sebagai tukang kutip komisen meja mahjong..

Katakan apa sahaja, aku yakin kamu setuju dengan pendapat aku bahawa mesej-mesej dalam filem p ramlee memang punyai kesan langsung yang bermakna.

Percayakah kamu bahawa p ramlee seorang pejuang islam yang ANTI MURTAD ? yap, agak mengejutkan tapi inilah yang aku dengar malam tadi dalam dokumentari tersebut. p ramlee kata, lagu melayu tradisional mesti kit pertahan dan turunkan kepada anak cucu. ini budaya bangsa katanya. 

Sambil menegaskan hujahnya, p ramlee tamsilkan (memberi contoh bandingan) akan kepentingan akidah agama,iman anak kecik di tanam dari kecik sampai besar supaya bila dewasa nanti mereka tidak murtad. subhanallah.

P. Ramlee tewas dan menemui ajalnya sehari sebelum dia dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan hutang. bukan p ramlee yang berhutang, tapi kawannya. dia jadi penjamin sahaja. kawannya lari dan p ramlee yang menanggung beban gara-gara menolong kawan.



Korang tengoklah sendiri dokumentari menarik ini..al fatihah untuk seniman agung filem melayu. jasamu kami kenang selamanya.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nadi Melayu P. Ramlee Siri 2 [video] Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 11 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!