Sunday, 11 August 2013

Nadi Melayu P. Ramlee Siri 1

aku tidak kisah kita berbeza bendera parti, tapi bab melayu mohon sedar diri, aku nak kongsi sedikit kisah yang agak menyedihkan kepada kita orang melayu! Biarlah aku digelar rasis atau menghasut tetapi bacalah sedikit kisah aku ini...


Dahulu hingga kini kita cukup mengenali Allahyarham Tan Sri P. Ramlee atau nama samarannya P.Ramlee.

Percayakah kamu bahawa p ramlee seorang pejuang islam yang ANTI MURTAD ? yap, agak mengejutkan tapi inilah yang aku dengar malam tadi dalam dokumentari tersebut. p ramlee kata, lagu melayu tradisional mesti kit pertahan dan turunkan kepada anak cucu. ini budaya bangsa katanya. [lagi sini]

sambil menegaskan hujahnya, p ramlee tamsilkan (memberi contoh bandingan) akan kepentingan akidah agama,iman anak kecik di tanam dari kecik sampai besar supaya bila dewasa nanti mereka tidak murtad. subhanallah...

Beliau dalam penglibatan filemnya banyak menceritakkan kepentingan melayu agar bersatu sehinggakan ada dialog sindirnya itu hingga ke hari ini masih releven kita gunakan seperti "tua-tua pun bodoh" (madu tiga), "mimpi tahi lembu kelepap ke muka"(seniman bujang lapuk), "cikgu suka main bola"(masam-masam manis) dan beberapa kritikkan sinis yang kita hari ini masih belum ada yang faham dan akan terus diertikan dari zaman ke zaman...arwah sangat meminati cara pergambaran oelh seorang pengarah jepun(lupa namanya) dan beliau berani untuk mencuba pelbagai sesuatu yang belainan.

Nama beliau cukup gah diseluruh dunia bukan kerana namanya, tetapi idea dan filem beliau sehinggakan ada tercetusnya rasa iri-hati segolongan individu dari sekeliling beliau. agaknya siapa?Orang Melayu atau Cina bukit singapuura?!

Apabila ada cubaan melayu bersatu apa yang dilakukan oleh LKY? dengan rakusnya mereka menabur pasir dalam periuk orang melayu dan "menghalau" orang melayu pulang ke semenanjung dan berpayung dibawah Merdeka Studio...apa jadi pada karya P.Ramlee? dalam masa yang sama...wartawan akhbar masa itu ramai yang mengutuk, kritik dan bersusah payah dalam cuba melenyapkan satu permata yang sangat bernilai untuk orang melayu..(Shaw Brother smpai hari ini kenyang 30 keturunan hasil tangan beliau)

Temubual Bersama Dato‟ Aziz Sattar Mengenai Pengalaman Beliau Sebagai Artis Sepanjang Berada Di Dalam Bidang Seni Dokumentasi Sejarah Lisan (IMR 603) Page 55:

Masalahnya tak [tidak] adalah cuma dulu [dahulu] bila Studio Jalan Ampas ditutup pada lima belas haribulan bulan sembilan tahun sembilan belas lima puluh tujuh (15.9.1957) masalahnya tu [itu], kita rasa macam satu kekecewaan dimana tempat kita menimba ilmu tentang hal-hal keduniaan tiba-tiba ditutup seolah-olah kita kehilangan panduan. Jadi masalah

satu lagi, oleh kerana kita hendakkan bila kita ditutup studio pada lima belas haribulan (15) ada seorang hamba Allah yang mengata kita punya dia belot, dia belot kita semua pekerja-pekerja dan pelakon-pelakon menderita kena berhenti kerja dia pulak [pula] pergi ke Hong kong. Dia pergi ke Hong Kong pentingkan diri sendirilah. Dia pergi ke Hong Kong tu [itu] kerana tidak terpilih. 

Dia tidak terpilih bila Jalan Ampas (studio) memilih Haji Za‟ba. Kalau dia smart [bergaya]dan saya jugak [juga] terpilih Sudin, P.Ramlee tapi tak [tidak] boleh pergi kerana ada .... Oleh kerana tak [tidak] terpilih macam [seperti] terasa seolah-olah rasa malu barangkali. Tiba-tiba...offer [tawar] diri dia untuk pergi Hong Kong selepas Jalan Ampas ditutup, hari ini ditutup besok [esok] pergi Hong Kong. Itu menjadi semua ye [ya] pelakon-pelakon bekerja rasa macam [seperti] seolah-olah dianiaya macam [seperti] dibelot. Patutnya kita kalau menjadi selepas satu bulan ke dua bulan ke... dengan itu kita rasa seolah-olah dia membelot. 

Masalah yang keduanya, kita rasa bila semua pelakon-pelakon bekerja mana yang biasa bawa teksi bawa teksi (sambil ketawa), mana security [keselamatan] security [keselamatan] lah eh tapi saya ni [ini] kira nasib baik jugalah eh. Daripada pengalaman kita menyanyi, melawak atas pentas jadi saya teruskanlah. Kalau saya tak [tidak] ada pengalaman ini barangkali [mungkin] saya balik saya balik kerja balik [semula] pilot [juruterbang] tapi bukan kat [di] langit kat [di] jalan bawak [bawa] kereta (sambil ketawa). Jadi sekejap-sekejap. Jadi hidup saya ni [ini] boleh dikatakanlah seluruh Malaysia saya menghiburkan orang kat [di] pentas-pentas. Ketika itu tiada lagi pengambaran filem. Kalau ada pun sikit-sikit [kadangkala]. Tapi saya ambil inisiatif menghiburkan orang kampung dan masa tu [itu] bolehlah tambah pendapatan saya. Itulah salah satu yang menjadi ingatan sampai ke hari ini.

Itu antara luahan bertapa sukar dan susahnya orang kita bila dihalau begitu sahaja tanpa rasa belas ehsan



Bersambung.... Nadi Melayu P. Ramlee Siri 2



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nadi Melayu P. Ramlee Siri 1 Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 11 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!