Monday, 5 August 2013

Kisah Kepulangan Yang Ditunggu! [Penting]

Walaupun aku tinggal berdekatan dengan keluarga aku, disini aku ingin menasihatkan para pembaca agar menjaga keselamatan diri dalam perjalanan pulang ke kampung halaman sempena meraikan Hari Raya yang bakal tiba tidak beberapa hari lagi.


Dapatkan rehat yang secukupnya, berhenti jika terasa mengantuk, rancang perjalanan anda (ikut jadual PLUS kalau guna highway), Periksa kenderaan anda (engine, roadtax, brek, alat pemadam kebakaran dsb.)

Kita sering diceritakan dengan kisah-kisah menyayati hati kepulangan seorang anak yang hanya sekujur tubuh bila tiba dikampung, ajal maut dan pertemuan itu rahsia Allah swt. kita mestilah redha dan percaya akan takdir-Nya.

Pandulah dengan cermat, ingatilah orang yang tersayang, Insya-Allah! Anda mampu mengubahnya!

 

Seorang ibu, Sepiah Sudin, 65, yang tertunggu-tunggu kepulangan anak lelakinya untuk merayakan Aidilfitri bersama, sebaliknya menyambut jenazah anak tercinta yang maut dalam kemalangan di Pendang, semalam. 

Difahamkan, Zakaria Mohd Noor, 27 (gambar), yang juga anak bongsu, mati selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 70.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, jam 10.40 pagi. Dia bekerja kilang di Pulau Pinang sejak dua tahun lalu. 

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Flet Seri Gemilang, Mergong, untuk menyambut hari raya sebelum motosikalnya bergesel dengan sebuah pikap dalam laluan sama dan terbabas. Dia yang terjatuh di lorong kanan kemudian dikatakan digilis kenderaan lain maut di tempat kejadian. 

Sepiah ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kelihatan sebak dan hampir pengsan selepas dimaklumkan anak bongsunya itu meninggal dunia. - berita harian

*Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa..Al-Fatihah!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kisah Kepulangan Yang Ditunggu! [Penting] Daeng Selili Rating: 5 Monday, 5 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!