Monday, 12 August 2013

Kaji Semula Pilihan Raya Kecil?!

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dibuat Penstrukturan dengan Pentadbiran Awam?

"Maksudnya jika berlaku sesuatu kekosongan pada kerusi parlimen atau kerusi Dewan Negeri Kerajaan Pusat boleh susun struktur pentadbiran Kawasan Parlimen atau Dewan Negeri dengan pentadbiran Negeri dan Daerah. Di peringkat Negeri ada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah di daerah daerah."


"Ada juga keadaan Pilihanraya kecil tidak dapat dielakkan jika jumlah kerusi parlimen dan dewan negeri parti pemerintah dgn pembangkang lebih satu, misalnya jika kedudukan 16-15, 30-29, 112-111 dsb. Pada ketika ini, memang sudah diamalkan tiada pilihanraya kecil jika berlaku sesuatu pada Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen." 

"Tetapi setelah sesuatu PRU berusia lebih tiga tahun. Kurang tiga tahun kena buat PRK. Oleh itu syor saya adalah agar tidak kira bila sesuatu keadaan itu berlaku."

- 12/08/2013 Dato' Ramly Zahari (Ketua Bahagian UMNO Kuala Kangsar, Perak)

Elakkan risiko belakunya PRK!

Kebanyakan pilihanraya kecil ini diadakan kerana ahli dewan undangan negeri atau ahli parlimen di kawasan-kawasan tersebut meninggal dunia atau melepaskan jawatan mereka kerana masalah kesihatan. Contohnya PRK Kuala Besut.

Memang kita tidak dapat menjangkakan kematian setiap orang, namun adalah lebih baik sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambahkan satu lagi kelayakan kepada bakal calon yang bertanding, iaitu mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Pada waktu ini, antara kelayakan-kelayakan yang perlu dipenuhi oleh bakal calon adalah: 

Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; tinggal di negeri di mana dia akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dimana-mana dalam Malaysia bagi kerusi Parlimen; dan tidak hilang kelayakan (tidak siuman, bankrap, memegang jawatan “office of profit”, gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihanraya, telah mendapat kewarganegaraan asing, dan telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dari 1 tahun atau kurang dari RM2000 dan belum mendapat keampunan)

Jika dilihat kepada kelayakan calon yang bertanding, ia terlalu asas sehingga boleh dikatakan, ‘Sesiapa pun boleh bertanding, asalkan berpengaruh dan berwang”. 

Di dalam Islam, antara syarat-syarat bagi seseorang pemimpin adalah pemimpin mestilah berpegang kepadaajaran agama, sihat tubuh badan, adil, berilmu, mempunyai teladan yang baik, melaksanakan hukum, memberi perhatian kepada orang bawahan, matang dalam tindakan dan tidak zalim. 

Contoh lain yang mudah, sekiranya dalam perkahwinan sekalipun, suami yang bakal mengetuai sebuah bahtera rumah tangga diwajibkan mempunyai tubuh badan yang sihat, apatah lagi pemimpin yang akan memimpin rakyat? 

Oleh itu, bakal calon yang akan bertanding wajiblah menjalankan pemeriksaan kesihatan sepenuhnya dan memberikan laporan kesihatan tersebut kepada SPR. Laporan ini kemudiannya akan dinilai oleh panel khas kesihatan calon. Sekiranya calon mempunyai penyakit kronik, maka beliau tidak dibenarkan untuk bertanding. Ini juga baik bagi calon untuk membolehkan beliau merawat penyakitnya yang mungkin tidak diketahuinya sebelum ini. 

Mati itu pasti, hidup??Insyallah!!!


repost : 2013/05


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kaji Semula Pilihan Raya Kecil?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 12 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!