Saturday, 17 August 2013

Jangan terjerat dengan isu merosakkan parti - Ali Rustam

Ahli-Ahli UMNO diminta agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan adu domba pihak tertentu yang bertujuan untuk memporak-perandakan keharmonian dan perpaduan di dalam parti terbesar bangsa Melayu menjelang pemilihan diperingkat cawangan, bahagian dan pusat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berharap agar kesemua ahli UMNO di seluruh negara berwaspada dengan anasir-anasir luar yang cuba menimbulkan isu-isu dengan tujuan memburukkan mana-mana pemimpin.

"Dalam suasana persidangan di peringkat bahagian, cawangan dan pusat ini akan timbul pelbagai perkara yang kadang-kadang kita sendiri tidak pernah terfikir tentangnya. Isu-isu ini sengaja ditimbulkan untuk melihat perpaduan di dalam UMNO berkocak.

"Justeru, saya minta agar kesemua ahli UMNO supaya tidak terpengaruh dengan gosip. Kadang-kadang gosip ini lebih kepada fitnah," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Katanya, dalam keadaan UMNO yang kini semakin mendapat sokongan di kalangan rakyat, khususnya bangsa Melayu di negara ini, sudah tentu ada pihak yang merah mata dan cuba untuk mengganggu gugat keutuhan UMNO, khususnya ketika berlangsungnya pemilihan kepimpinan.

"Kadang-kadang mereka datang kepada kita, bercerita itu dan ini dengan muka manis seolah-olah memperlihatkan kejujuran mereka, sedangkan niatnya sebenar kita tak tahu.

"Ada juga yang bermuka-muka kepada kita dengan memuji-muji diri kita, sekaligus cuba pula memburukkan orang lain, seolah-olah bertujuan untuk melagakan kita. Sebab itu, kita perlu waras dan rasional dalam menapis sebarang informasi yang kita terima," ujarnya.

Beliau juga berharap agar pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat kali ini akan berlangsung lancar tanpa sebarang masalah besar dan dapat diselesaikan tanpa wujudnya perpecahan selepas itu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jangan terjerat dengan isu merosakkan parti - Ali Rustam Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 17 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!