Wednesday, 14 August 2013

Isu Surau Jadi Tokong : Giliran Pemilik Resort Ditahan!

Pemilik sebuah resort di Kampung Sedili Besar di sini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau miliknya dijadikan tempat ritual agama bukan Islam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Hairul Azhar Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Jika sabit kesalahan, suspek yang berasal dari Singapura dan mempunyai status penduduk tetap (PR) di negara ini, boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.



Lelaki itu tiba di mahkamah tersebut pada pukul 9.30 pagi dan dilihat menundukkan muka sepanjang masa semasa dikawal sepasukan empat anggota polis ketika masuk dan keluar dari mahkamah.

Ketika pemilik resort berkenaan dibawa keluar dari bilik pendaftar, seorang penduduk tempatan yang kebetulan sedang berurusan di pekarangan mahkamah sempat menyatakan rasa tidak puas hati kepada lelaki itu sebelum ditegur pihak polis yang mengiringinya.

Sabtu lalu, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang yang dijalankan dipercayai oleh penganut agama Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat asar. - utusan


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu Surau Jadi Tokong : Giliran Pemilik Resort Ditahan! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 14 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!