Thursday, 1 August 2013

Hina Takbir Raya : Ada Peguam Cuba Hurung Tahi!!

Setelah bertahun video minah ini dipaparkan dalam internet, baru baru ini dikutip oleh beberapa orang individu yang mendendangkan video ini untuk tindakkan respon dari rentetan kisah kisah penghinaan agama islam oleh manusia yang boleh digelarkan Jahil.

Aku malas nak tulis panjang-panjang tapi pendapat aku, kali ini pihak polis membuat tindakkan pantas yang wajar dipuji.

Pada aku ini bukanlah isu politik tetapi ia menjadi politik bila mana ada mangkuk hayun yang dari dalam pembangkang bersungguh-sungguh mempertahankan beliau (Maznah) ini. Tah la apa nak jadi dengan Malaysia nie bila ade je peluang semua nak jadi "lalat mengurung tahi"

Yang manusia Si-Koyak yang cuba pertahankan dia nie plak memang berkudis dan terkenal dengan sifat biadapnya dari dulu lagi. Malah pernah bersama Pencetus Anarki Malaysia menganjurkan forum yang pernah suatu ketika dahulu mendapat tentangan rata-rata perjuang Islam di Malaysia.


Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.

Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada 
Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.-  

video dan lagi 




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hina Takbir Raya : Ada Peguam Cuba Hurung Tahi!! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 1 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!