Sunday, 18 August 2013

@hdaily09 @zambryabdkadir : Solat Depan Tandas?!

Wah...Isu Tandas kini jadi tumpuan nampaknye.

Haramkah Menulis :
KUALA KANGSAR: Ketika sebuah surau di Tanjung Sedili Johor digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha untuk bermeditasi, di sebuah pusat membeli belah dekat Kuala Kangsar, umat Islam terpaksa solat di perkarangan tandas.

Ini kerana kemudahan surau tidak disediakan oleh pusat membelibelah berkenaan.

Menurut seorang penceramah bebas, Ustaz Farhan Mazlan yang kebetulan ke pusat membeli belah itu, beliau dan rakan-rakannya terpaksa solat di depan tandas itu kerana tiada ruang solat di sediakan.

"Bayangkan, tikar dibentangkan betu-betul depan ruang tandas bersebelahan dengan kaunter bayaran untuk masuk ke tandas itu,"kata beliau kepada Harakahdaily.

Di sekitar Kuala Lumpur pula, banyak surau di pusat membeli belah dan bangunan komersial dibina di sebelah ruang letak kereta.

Ia menyebabkan ia sangat tidak sesuai serta panas, seolah-olah diketepikan dari arus kemodenan bangunan yang serba lengkap dan moden itu.

Antara pusat membeli belah yang mempunyai surau di kawasan letak kereta adalah Ampang Park, Sogo dan beberapa pusat belibelah yang kelihatan moden tetapi suraunya terpinggir.




Sebuah Portal Menulis :

Insiden bersolat di perkarangan tandas yang dikatakan berlaku di Arena Square dekat Kuala Kangsar sepertimana yang dilaporkan didapati telah digembar-gemburkan sehingga menimbulkan persepsi salah orang ramai.

Difahamkan surau ada disediakan di sebelah kedai dobi di kawasan lembah yang jaraknya lebih kurang 5-meter dari pusat membeli belah Arena Square tersebut.

Malah untuk keselesaan orang ramai serta peniaga di Arena Square itu, satu bilik atas pentas telah disediakan sebagai kemudahan ruang solat dengan air paip bagi memudahkan umat Islam mengambil wuduk.

Namun, bagi mewujudkan keadaan yang lebih selesa buat pengguna kalangan umat Islam, difahamkan Majlis Daerah Kuala Kangsar akan membina surau baru dekat dengan Arena Square tersebut dengan kos RM200,000.(??)

Baru-baru ini menyiarkan insiden penceramah bebas, Ustaz Farhan Mazlan yang kebetulan ke pusat membeli belah itu, bersama rakan-rakannya terpaksa solat di depan tandas itu kerana tiada ruang solat di sediakan.

"Bayangkan, tikar dibentangkan betu-betul depan ruang tandas bersebelahan dengan kaunter bayaran untuk masuk ke tandas itu," Ustaz Farhan dipetik berkata.

Laporan itu telah mendapat perhatian sehingga menimbulkan rasa kurang senang kalangan umat Islam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang prihatin dengan insiden itu telah mengarahkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khai-ril Wan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar menyiapkan laporan.

“Saya terbaca dalam surat khabar semalam, orang sembahyang depan tandas. Namun maklumat awal dikatakan ada surau tidak jauh dari kawasan itu..lebih kurang 5 meter.

Walau bagaimanapun saya amat terkejut melihat kejadian seperti itu…tetapi biarlah kita dapatkan maklumat yang tepat dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung serta rumah terbuka Aidilfitri bekas tentera Laut Diraja Malaysia di Seri Manjung, hari ini. - Peraknews



Daengselili Menulis:

Seronok sakan aku tengok komentar Harakah komen kat sana, Sempat tadi aku singgah pergi ke lokasi yang didakwa oleh Ustaz Farhan (penceramah bebas tu, mari jumpa aku)

Meh kita nilai sendiri Harakah istilahkan tandas dan pusat beli belah bagaimana?!




Disisi tandas ini juga mempunyai bilik kecil untuk tujuan solat!(pintu kecil tu) tak caya pergi tengok sendiri wahai pembaca Harakah.


Masjid Ridzuwaniah pun dekat dengan lokasi tandas awam ini, ini bukan isu kerajaan tidak menyediakan ruang solat yang selesa tetapi pilihan ada ditangan individu tersebut, yang aku peliknya penceramah bebas Ustaz Farhan(siapa nie?) tu senaja menabur fitnah kononnya pengunjung ArenaSquare dan warung makan disekitar kawasan ini tidak mempunyai surau. sehingga memaksa individu (gambar harakah) tersebut solat dihadapan tandas?

Nak solat dimana-mana pon boleh asalkan bersih tapi niat akbar pembangkang ini senaja menipu penyokong mereka sendiri.. sedangkan orang Kuala Kangsar sendiri tahu akan kebenarannta... Harakah sedang membohongi pembaca lain...puihh


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@hdaily09 @zambryabdkadir : Solat Depan Tandas?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 18 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!