Friday, 30 August 2013

GSC Dan TGV Kekal Tayangkan Filem Tanda Putera!

Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan nasihat, bukan larangan dan tiada tindakan akan diambil ke atas mana-mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem Tanda Putera.

Ia sama seperti nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan rakyat yang melawat negara-negara bahaya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, nasihat berkenaan dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk menekankan kepada orang umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan nasional dan kaum di negara ini.
.
Wajah KANTOI!!!

“Seperti mana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat kerajaan negeri.

“Kerajaan Pulau Pinang mengulangi bahawa tidak ada sesiapa akan dihalang daripada menonton filem ini di Pulau Pinang,” kata Guang Eng dalam kenyataan media.

Dua operator pawagam bagaimanapun telah bertindak untuk tidak menayangkan filem berkenaan di Pulau Pinang selepas menerima permintaan atau nasihat daripada kerajaan negeri.

Dua operator terbabit ialah Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjung Golden Village Cinemas (TGV Cinemas).


Berdasarkan pemerhatian di laman web TGV, filem Tanda Putera akan ditayangkan di semua pawagamnya di seluruh Malaysia kecuali TGV di 1st Avenue Mall dan TGV Aeon Seberang Prai, Pulau Pinang.

Sementara itu, GSC pula membuat mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menayangkan filem Tanda Putera di negeri tersebut.

Pengurus GSC di Queensbay Mall, Sam Kok Kee berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima arahan daripada ibu pejabat semalam supaya tidak menayangkan filem tersebut. - ABN

CUBA BACA SURAT BAWAH INI :

Didalam Perkara (2) itu secara jelas mereka cuba mengugut dengan kuasanya yang ada pada MPPP, Siap sebut akta lagi...hahaha PENIPU BESAR bansat ini!!!!
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
GSC Dan TGV Kekal Tayangkan Filem Tanda Putera! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 30 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!