Saturday, 10 August 2013

Gadis BMW dan Kenapa Wanita Perlu Bertudung?!

Seorang remaja (bukan muslim) bertanya kepada Sheikh Ahmed Hoosen Deedat, Umumnya kenapa wanita perlu bertudung?!



Almarhum Sheikh Ahmed Hoosen Deedat dilahirkan di Surat,India pada tahun 1918. Ayah beliau adalah tukang jahit & beliau berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927. Ibu beliau meninggal dunia di India beberapa bulan selepas beliau berhijrah ke Afrika Selatan. Disebabkan masalah kewangan beliau terpaksa berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun & mula bekerja.

Beliau juga adalah bekas Pengerusi Islamic Propagation Centre International (IPCI) di Afrika Selatan. Pengarang lebih 20 buah buku dan mengedarkan jutaan salinan buku-bukunya secara percuma. Telah ribuan kali berceramah di serata dunia dan beberapa ribu orang telah memeluk Islam di atas usaha beliau.

Beliau lumpuh pada 3 May 1996 dan meninggal dunia pada 8 Ogos 2005 di rumahnya. Isteri beliau Hawa Deedat,meninggal dunia pada 28 Ogos 2006 ketika berumur 85 tahun. Semoga Sheikh Ahmad Deedat ditempatkan bersama golongan yang dirahmati Allah swt.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gadis BMW dan Kenapa Wanita Perlu Bertudung?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 10 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!