Saturday, 3 August 2013

“Cukuplah dengan apa yang telah dilalui" - Hamidah Osman

Kawal Segera Perbuatan Tidak Bertanggungjawab Babitkan Agama, Kaum

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu bertindak segera dan membawa mereka yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membangkit atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak sama ada membabitkan agama atau kaum melalui media sosial.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata pihak berkuasa yang terbabit dengan isu berkenaan perlu memastikan perkara itu dibendung segera bagi perkara yang tidak dingini berlaku di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

"Apakah motif sebenar mereka menayang video serta filem berkenaan, isu yang membabitkan agama dan kaum tidak boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah sesuatu yang sensitif dan perlu dijaga bagi memastikan keharmonian kehidupan berbilang kaum yang dibina sejak merdeka lalu tidak tercalar oleh perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Jangan jadikan hak kebebasan bersuara sebagai satu platform untuk kita membuat sesuka hati tanpa memikir kesan kepada pihak-pihak tertentu. Memang di negara ini kita bebas untuk bersuara tetapi ada batasannya, jika sudah samapai tahap menghina agama dan sesuatu kaum, itu sudah boleh dianggap suatu perbutan melampau yang memang sengaja melakukannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu filem The New Village dan video Selamat Hari Raya yang disifatkan sebagai menghina umat Islam apabila memamparkan individu menyambut Aidilfitrti bersama anjing yang disebarkan melalui laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat di negara ini.

Menurutnya, kebelakangan ini ramai pihak dengan sengaja cuba membuat provakasi kaum dan agama, perkara ini semakin berleluasa terutama melalui media sosial sehingga menimbulkan rasa tidak senang dan puas hati di kalangan masyarakat di negara ini.

"Apakah mereka yang terbabit itu ingin menguji kesabaran pihak-pihak yang terbabit, apakah mereka tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu terhadap kesan daripada apa yang dilakukan itu. Tindakan itu boleh dianggap sebagai biadap dan tidak menghormati tata cara kehidupan rakyat negara ini.

"Cukuplah dengan apa yang telah dilalui ketika pilihan raya umum lalu, tidak perlu bangkitkan apa jua perkara yang boleh menyinggung mana-mana pihak kerana yang menerima kesannya adalah seluruh rakyat negara ini bukannya sesuatu pihak sahaja" katanya. -MU


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

“Cukuplah dengan apa yang telah dilalui" - Hamidah Osman Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 3 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!