Friday, 30 August 2013

49 Senarai Kongsi Gelap Paling Aktif

Kementerian Dalam Negeri hari ini telah mendedahkan 49 nama kumpulan kongsi gelap yang didapati menyalahi undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966.


Senarai ini telah dikeluarkan pada hari Khamis dengan perintah Menteri Dalam Negeri dan mengandungi kumpulan-kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36. Difahamkan Geng 04 telah dikenal pasti sebagai kongsi gelap yang paling aktif. Pergerakkan mereka tertumpu di Kuala Lumpur dan Johor.

Senarai penuh nama kumpulan Kongsi Gelap adalah sepertimana dibawah :
  • Geng 04
  • Geng 08
  • Double 7
  • Tiga Line
  • Geng 30
  • Geng 38
  • Geng 24
  • Geng 18
  • Geng 36
  • Geng 21
  • Ang Soon Thong
  • Wah Kee
  • Sio Sam Ong
  • PNEH
  • Hong Hong San
  • Hai San
  • Sin Ang Bin
  • New Cell 20
  • Jit It Hai
  • Sio Koon Tong
  • Gee Lam Kor
  • Gee Ah Eng
  • Loh Kuan
  • Tiang Yee Tong
  • Geng Leng Hor
  • Geng 35
  • Geng 303
  • Geng Satu Hati
  • ATAP
  • Hung Ann
  • Sui Yup
  • Otai
  • Borneo Red EMP
  • Ah Ngau 
  • Batu Tiga
  • Ah Feng 
  • Batu 10
  • Sibu Ti
  • Ah Seng 
  • Ah Chin
  • Lee Lung
  • Lo Han
  • Sg Merah
  • Sg Badut
  • Ting Ching Lee
  • Tua Cak Lee
  • Teksi Station
  • Pintu Merah
  • Krokop
Geng 36 pada asalnya terdiri daripada ahli kumpulan berbangsa Cina sebelum ia diambil alih oleh kaum India untuk menjadi salah satu golongan yang secara rahsia paling ditakuti di negara ini.

Evolusi kumpulan ini telah dikaitkan dengan keengganan bilangan ahli pengasas berbangsa Cina yang semakin meningkat untuk tidak terlibat menjadi “inti-pati” jenayah terancang.

“Penat melakukan kerja-kerja jenayah, mereka mengupah mereka yang berbangsa India untuk melakukannya,” kata seorang pakar jenayah yang enggan namanya disiarkan.

“Selepas beberapa waktu, bilangan samseng Cina diatasi oleh kaum India dan tidak lama selepas itu ia telah dilihat sebagai kumpulan India. Tetapi itu tidak sepenuhnya benar kerana kebanyakan kumpulan penjenayah di Malaysia mempunyai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Menurut pakar ini, masih terdapat ahli-ahli Cina dalam Geng 36, tetapi mereka memainkan peranan yang lebih pasif sebagai “pelabur”.

Mereka ‘melaburkan’ wang ke dalam kumpulan itu untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka menggandakan wang mereka.

“Kebanyakan masa mereka akan dihabiskan dengan pekerjaan yang sah seperti terlibat dalam bidang hartanah.”
Pakar itu berkata corak evolusi biasanya dapat dilihat dalam banyak kumpulan lain di negara ini.

“Pada mulanya, hanya terdapat kumpulan-kumpulan Cina, yang merupakan limpahan anggota kongsi gelap dari China,” katanya.
Beliau berkata ketakutan di kalangan Geng 36 telah membawa kepada ramai samseng yang hanya menggunakan namanya untuk menubuhkan kumpulan mereka sendiri, sambil menyatakan keahlian adalah sukar untuk disahkan kerana ia merupakan sebuah organisasi yang longgar.

Kemasukan anggota India ke dalam kumpulan-kumpulan ini juga disebabkan oleh iklim semasa sosioekonomi negara dan sifat tidak berstruktur dalam melakukan jenayah itu sendiri, kata Ketua Pemuda MIC T. Mohan.

“Kemiskinan memainkan peranan yang besar. Semakin ramai belia berbangsa India didorong untuk menyertai kumpulan-kumpulan ini kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai cara lain untuk mencari rezeki,” katanya.

Beliau berkata mereka yang baharu menjadi ahli kumpulan samseng mendakwa mereka adalah milik kumpulan tertentu untuk kepentingan yang berkaitan.

“Kumpulan-kumpulan ini tidak teratur. Tembakan yang berlaku adalah pertikaian yang tidak berkaitan antara kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai kebebasan baru untuk menggunakan senjata api,” katanya. - Mstar



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
49 Senarai Kongsi Gelap Paling Aktif Daeng Selili Rating: 5 Friday, 30 August 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!