Sunday, 14 July 2013

Virus Punca Bekalan Kurang?!

Part naik harga laju je pencacai pembangkang canang salah UMNO/BN..H1N1 tu punca dari babi..yang makan babi tu siapa?Orang islam ke?

Tidak dinafikan menjelang raya apa pun barang kawalan ini akan sedikit naik secara mendadak, tapi itu semuanya alasan yang sering dikaitkan dengan kerajaan sedangkan semua aspek mesti dinilai dengan sebaik mungkin!!!



Kenaikan mendadak harga ayam hingga RM9 sekilogram bukan kerana tidak cukup bekalan, sebaliknya akibat manipulasi harga oleh peruncit untuk mengaut keuntungan tinggi. 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan bekalan ayam mencukupi bagi musim perayaan ini, malah kementerian sudah membenarkan pengimport membawa masuk bekalan ayam bagi menampung keperluan semasa. 

Saya khuatir ada pihak tertentu naikkan harga... sebab itu di kementerian, kita kawal (harga) pada peringkat ladang dan bekalan. Harga siling di pasaran yang ditetapkan kementerian masih RM7.80 bagi setiap kilogram." Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
“Saya pun tak faham kenapa harga (ayam) naik mendadak, saya bimbang ini sebab peruncit yang ambil kesempatan. Kita (kementerian) sudah memeriksa harga ayam ladang dan ia tidak berubah, masih pada harga lama iaitu RM5.70 sekilogram.

“Saya khuatir ada pihak tertentu naikkan harga... sebab itu di kementerian, kita kawal (harga) pada peringkat ladang dan bekalan. Harga siling di pasaran yang ditetapkan kementerian masih RM7.80 bagi setiap kilogram.

Stabilkan harga di ladang

“Apa yang boleh kita bantu ialah dari segi (menstabilkan) harga di ladang dan untuk menambah bekalan. Apabila kita buka permit import supaya ada lambakan ayam di pasaran, ia akan stabilkan harga,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Ismail berkata, tindakan membekukan import bahagian ayam yang disejukbekukan dari China sejak dua bulan lalu berikutan penularan wabak H7N9, turut menyebabkan permintaan tinggi untuk bahagian ayam daripada pembekal ayam tempatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, permit import bahagian ayam dari China sudah dibuka semula berkuat kuasa serta merta selepas pihak berkuasa negara itu mengesahkan China kini bebas daripada wabak berkenaan.

“Pengimport kini boleh mengimport semula bekalan bahagian ayam dari China bagi membantu menampung permintaan, sekali gus menstabilkan semula harga ayam di pasaran,” katanya.

Sebelum ini, penternak mendakwa kenaikan mendadak harga ayam di pasaran berpunca daripada kenaikan harga makanan ayam dan kos sampingan lain.

Mengulas mengenai bekalan daging lembu dan kambing, Ismail Sabri memberi jaminan ia mencukupi sepanjang musim perayaan ini. 

“Walaupun terdapat kenaikan harga jualan daging, setakat ini bekalan adalah mencukupi,” katanya. -BH

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Virus Punca Bekalan Kurang?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 14 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!