Wednesday, 31 July 2013

Video Rundingan Gempur Sebelum Penceroboh Lahad Datu [Exclusive]





Negara dikejutkan dengan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu, Februari lalu. Dek tuntutan tidak masuk akal jadi agenda, menyebabkan rundingan gagal capai kata sepakat sehingga berlaku pertumpahan darah.

Di pihak pasukan keselamatan, ada yang gugur manakala di pihak lawan, tidak kurang yang terbunuh dan ditangkap.


Sempena sambutan hari pahlawan esok kami paparkan siri laporan ‘Di Sebalik Pencerobohan Pengganas Di Lahad Datu’ beserta rakaman eksklusif yang julung kali ditayang kepada umum. Visual yang akan anda saksikan ini dirakam jurukamera kami, Mohd Yazzer Mahmun, diiringi Pegawai dari Unit Media Bukit Aman, Sub Inspektor Megat Nizar Megat Uda Abdullah

Segalanya bermula 9 Februari lalu.

Kumpulan kecil inidividu dari selatan Filipina dikatakan masuk ke perairan negara secara berperingkat dan mendarat di Kampung Tanduo.

Dalam tempoh tiga hari jumlah itu meningkat kepada 256 orang.

Mereka mula berkampung di Kampung Tanduo dan seterusnya menawan serta mendominasi kampung tersebut. Kelibat kumpulan itu yang disedari penduduk kampung segera dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa. Diketuai Agbimuddin Kiram kumpulan berkenaan mahu menuntut kembali wilayah mereka di bahagian Timur Sabah, membawa kepada pencerobohan itu.

Bendera lambang kumpulan itu mula dipacak.

Kawasan sekitar terdapat pondok yang dijadikan tempat berkawal manakala rumah usang tinggalan penduduk jadi markas. Pada masa sama, anggota keselamatan mula digerak dan mengepung kawasan sasaran. Setiap gerak geri anggota kumpulan penceroboh dipantau.

Insiden pencerobohan yang berlaku juga mendapat perhatian pimpinan kerajaan negeri dan pusat. Rundingan diatur, penyelesaian mahu dicari. Harapannya, segala berakhir tanpa pertumpahan darah.

Dengan kenderaan pacuan empat roda, sepasukan jururunding bergerak ke markas kumpulan itu untuk mengadakan rundingan. Hasil pemerhatian, kelihatan ramai anggota kumpulan itu yang berpakaian ala tentera berkawal di beberapa lokasi strategik.

Namun rundingan kali pertama tidak membuahkan hasil. Beberapa siri rundingan kemudian mengambil tempat. Segalanya nyata hampa apabila kumpulan itu berkeras enggan berundur ke negara asal. Arahan serah diri juga tidak dilayan dan ini memaksa tindakan usir diambil.

Sehingga 26 februari, rundingan masih mengambil tempat walaupun tempoh pengusiran diberi tamat.

Siri kedua esok, memaparkan serangan dari kumpulan penceroboh memaksa pasukan keselamatan bertindak balas. - Dinhuluselangor


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Video Rundingan Gempur Sebelum Penceroboh Lahad Datu [Exclusive] Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 31 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!