Saturday, 6 July 2013

Video Morsi Dikatakan Diktator? [video]

Video kontroversi ni.. Dari rancangan MHI dihoskan Ally Iskandar [4 Julai 2013]


Ally Iskandar ada sebut ada pihak yang ditemubual di Mesir yang dilaporkan berita di mana mengatakan "Memang Morsi telah dilantik melalui demokrasi. Tapi selepas memegang tampuk pemerintahan, beliau berubah menjadi diktator dan Morsi mengacau kuasa tentera".

Jadi BUKANNYA Ally yang melabel Morsi sebagai diktator.. Sebaliknya orang yang ditemubual itu yang mengatakan sedemikian.. Perlu diketahui juga Morsi pernah cuba meminda perlembagaan bagi membolehkan beliau kebal daripada undang2 iaitu meletakkan dirinya lebih tinggi dari kuasa undang2.. Ini salah satu sebab kenapa kekacauan kembali tercetus di Mesir.. Dan Syeikh Al Azhar juga menyokong tindakan tentera tersebut.. Jadi kita di sini tak payah la nak tunjuk hero kalau tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Mesir.. Jangan jadi ibarat menang sorak kampung sendiri tergadai..

Sudah berapa ramai yang telah taburkan fitnah ? Mohon SEBARKAN 


sumber



Blogger PRO-PR MENULIS:

Kesian TV3 jadi mangsa FITNAH. Banyak sangat 'meleis' suka share benda dalam FB , blog. Padahal TV3 pun tak tengok!!! Baca ni kenyataan @Amenoworld (blogger pro-pembangkang) dalam blognya

TV3 Kena Kecam Angkara Label Morsi Diktator.

Page tv3 kena serang. Angkara laporan pemberitaan tv3 mengenai Morsi. TV3 dilaporkan berkata telah mengelar Morsi sebagai diktator. Setakat neh bukti sahih atau konkrit yang menunjukkan bahawa tv3 mengelar Morsi sebagai diktator belum ada lagi.

Hasil semakan aku di laman web tv3 pun takde. Tak pasti ia berita terkini ataupun berita jam 1.30 petang. Tapi tak kira la berita jenis apa pun, yang pasti semakan dan siasatan aku tidak menemukan langsung bahawa tv3 telah mengelar Morsi sebagai diktator.

Sebab tue aku tunggu berita jam 8 malam tadi. Aku nak tengok ada atau tidak, tv3 mengulangi kembali tuduhan mereka terhadap Morsi, nampaknya berita Buletin Utama tak pula melaporkan Morsi seperti itu.

Apa yang TV3 laporkan malam tadi ;

1. Suasana di Mesir di mana anti Morsi berpesta meraikan kejatuhan Morsi.

2. Keadaan Morsi yang menjadi tahanan rumah bersama 13 pemimpin kanan nya.

3. Kemaskini mengenai presiden sementara Mesir, Adly Mansour.

4. Laporan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Mesir ketika ini.

5. Larangan kepada pelajar2 Mesir untuk tidak terlibat dalam sebarang protes dan demo di Mesir.

6. Respon segera kedutaan Malaysia di Mesir mengenai krisis terkini di Mesir.

7. Respon dari penganalisis politik akan rampasan kuasa oleh tentera di Mesir.

8. Antara respon yang tv3 siarkan ialah bahawa tentera dan pembangkang cuba mengambil kesempatan akan sentimen rakyat Mesir [anti Morsi] bagi mengulingkan Ikhwanul Muslimin disebabkan mereka memang tidak sehaluan sejak dari dulu lagi..

Ini je yang TV3 laporkan. Takde satu patah perkataan pun mereka menyebut Morsi = diktator. Jangan salah faham. Apa yang aku harapkan ialah rujukan dan bukti. Pasal aku percaya, orang tetap nak tengok bukti punya. Oke. Kalau aku hujah2 begini kan, nanti orang umno minta bukti aku nak bagi apa? Air liur?

So aku cadangkan sesiapa yang saksikan berita yang mana tv3 gelar Morsi = diktator = bagi bukti. Aku percaya kat TONTON mesti ada kalau benar la ia keluar berita. Melainkan tv3 dah sunting disebabkan kena kecam. Kalau tidak, masih ada harapan lagi nak cekau2 bukti untuk sebaran umum. So siapa yang saksi pergi cari dan telek. Ada atau takde. Untuk rekod, aku takley access TONTON. Tah kenapa register failed jek.


Apa pun, benda2 gini yang paling penting

BUKTI..BUKTI..BUKTI

Ingat kes tv3 lapor mengenai translation ucapan Morsi? Yang tue member kita ada bagi bukti. So kes yang neh pun kita kena bagi bukti.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Video Morsi Dikatakan Diktator? [video] Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 6 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!