Monday, 29 July 2013

UBAH : Sah DAP ganti PAS?!

PAS kini kian merudum selepas PRU13.

PAS bakal merosot bila mana kepalanya (Nik Aziz) kini didalam kategori direhatkan setelah sekian lama dalam pucuk pimpinan PAS dan PAS digalang ganti dengan beberapa individu yang boleh menamatkan riwayatnya seperti S26 yang kini hanya jadi bahan sejarah politik Malaysia.

Berbekalkan individu yang berkurap nanah spt Mat sabu, Husam dan Stopa, nescaya PAS akan hilang kekuatan dan sumbernya dalam mempertahankan perjuangan islam yang digembar dembur setelah sekian lama.

Lebih menyedihkan lagi PAS bersendawa bersama LGE dalam isu kalimah Allah yang dihangat pijorkan oleh LGE sedangkan LGE sendiri mengakui dia senaja mahu melagakan PAS dan UMNO demi melihat bertapa setianya PAS terhadap DAP tetapi bukan pada PKR.

Nizar dalam dewan rakyat perak juga memburukkan lagi situasi PAS dengan menyondol-dongak katanya tiada mana-mana transkrip PAS yang mengatakan PAS bakal menubuhkan kerajaan ISLAM yang sering disalakkan dicorong-corong ceramah bahawasanya PAS memperjuangkan negara Islam dan undang-undang islam.

Penolakkan demi penolakan belaku dalam PAS hingga ramai yang mengambil kesempatan terhadap PAS. 

DAP sebuah parti yang dianggotai majoriti cina (termasuk pucuk-pucuk nya) kini memani-pulasikan PAS demi meraih simpati undi orang melayu yang beragama Islam agar bersama dengan mereka sedang mereka sendiri sebelum ini amat lantang memperbodohkan kepimpinan PAS suatu ketika dahulu.


PAS memang terkenal penyokong-penyokongnya yang kuat dan berani. mereka mereka ini dipergunakan oleh Anwar dan kuncu DAP untuk milage politik mereka sedangkan PAS hanya diberi sisa-sisa penempatan (kerusi)dalam Pakatan Pembangkang.

Bila Hadi Awang hanya mengecam seorang calon PKR(isu pill kuda) dan dibalas dgn laporan polis, tidakkah ini menunjukkan selepas apa yang dikorbankan oleh PAS selama bersama Pakatan Rakyat ibarat mencurah air kedaun keladi sahaja...PKR tahu PAS tidak setia padanya dan sedar DAP adalah LORD GOD yang disanjungi PAS sehingga merestui apa juga yang dicadangkan dan dicanangkan DAP.

Nik Aziz kini direhatkan kerana lebih umur kononnya sedangkan Nik Aziz sendiri pernah berkata beliau akan terus memerintah selagi ada nyawa, tindakkan mengantikan Nik Aziz dari jawatan MB adalah jalan terbaik memberi ruang yang luas untuk Nik Aziz berehat memandangkan usianya hampir dihujung senja.

Sewajarnya PAS bingkas bersama UMNO bilamana ada sentiment penghinaan terhadap agama Islam dimulakan. Nyata PAS tiada ambil kisah malah mengambil jalan mendiamkan diri seolah-oleh berkerjasama dengan UMNO adalah DOSA BESAR bagi dua parti politik yang diterajui oleh Melayu Islam.


Dalam senyap DAP menyuntik jarumnya dengan pelbagai isu untuk melagakan ayamnya dengan UMNO seperti penerbitan filem komunis dan melengah-lengahkan dewan rakyat dengan isu-isu yang tidak wajar diangkut didalam dewan rakyat rata-rata dari PKR dan DAP sedangkan PAS hanya menyokong dan menokok tambah akibat dendamnya kepada UMNO.

UBAH ADALAH SUARA DAP INGINKAN PENYOKONG PAS MASUK BERKUBANG BERSAMA MEREKA DEMI AGENDA DAP

KLIK SINI : 1 & 2

Bersatulah umat islam (UMNO -PAS) tapi apa kata Nik Aziz?



Jarang sebenarnya untuk kita melihat khalayak setempat memberi sambutan dingin terhadap apa jua program politik PAS terutama ceramah yang dihadiri pemimpin besar PAS, tapi di Kuala Besut kedinginan sambutan penduduk tempatan agak terasa sekali.

Setakat ini dalam beberapa ceramah anjuran PAS hanya program yang dihadiri Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikira ‘berjaya’ dengan merekodkan kehadiran sekitar 800 – 1,000 orang termasuk sebahagian besarnya adalah petugas dan penyokong PAS dari Kelantan.

Jika tidak kerana kehadiran penyokong PAS dari luar, harus nasibnya sama seperti Presiden PAS, Hadi Awang yang hanya mengumpul 200 orang pendengar sahaja atau setaraf Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berceramah di depan kurang 100 orang termasuk lebih sepuluh orang daripadanya tidur nyenyak di bawah khemah.

Perihal penyokong PAS tidur ketika ceramah ini bukannya satu fiksyen tapi memang betul-betul berlaku dan memang amat memalukan PAS terutama sekali bagi Tuan Ibrahim Tuan Man yang gaya berceramahnya kian hari makin membosankan.

Malam semalam lebih syahdu lagi apabila ceramah PAS di dua lokasi berdekatan menyaksikan kehadiran yang paling sedikit di mana cuma kelihatan 20 dan 50 orang pengunjung sahaja termasuk pihak media dan jentera PAS dari luar.

Waima Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang sepatutnya turut berceramah di UPU PAS Kampung Baru juga langsung tidak nampak muka kononnya kerana terpaksa menghadiri program di tempat lain.

Ramai penyokong PAS tempatan yang mengakui kedinginan sambutan masyarakat setempat terhadap kempen PAS untuk PRK ini ada kaitan dengan kurangnya kesungguhan dikalangan pemimpin PAS Terengganu untuk menang.

Mereka juga melihat perlantikan pemimpin PAS Kelantan iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya sebagai punca utama yang menyebabkan wujudnya senario serba dingin ini yang dikira satu protes senyap sebagai bantahan terhadap percubaan PAS Kelantan ‘mengKelatekan’ Kuala Besut.

Tindakan jentera PAS Kelantan yang diketuai Husam mengedarkan poster MB Kelantan, Mat Yakob juga memainkan peranan besar ke arah mengasingkan penyokong PAS tempatan dari menjayakan kempen parti itu.

PRK DUN Kuala Besut bakal menjadi titik awal kejatuhan PAS kelak.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
UBAH : Sah DAP ganti PAS?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 29 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!