Monday, 29 July 2013

Terkini : Lagi Kejadian Mati Ditembak?

Malaysia nie macam Mexico lak..

Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini, beberapa ratus kilometer dari ibu pejabat bank terbabit.

Hussain, 75 sedang berjalan ke arah kenderaan bersama isterinya apabila seorang individu bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau mati di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada 1.30 petang itu.

Hussain ditembak di dada dan rusuknya sementara isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera selepas dilanggar di tangan, menurut polis.

Kamera litar tertuto menunjukkan penyerang memakai baju kemeja bercorak kotak-kotak berlengan panjang dan seluar khaki.

Menurut Malaysian Insider Ketua Polis Dang Wangi Timbalan Komisyener Zainuddin Ahmad mengesahkan insiden terbabit dan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh.

Dipercayai tiga orang suspek terlibat dalam insiden itu menaiki sebuah teksi Proton Waja.

AmBank Group yang diasas oleh Hussain dengan dikenali nama Arab-Malaysian Development Bank, melalui syarikat induk AIAK (Arab Investments for Asia Kuwait).

Beliau membeli bank terbabit melalui Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 1981.

crdt :fb mukabuku pulau pinang


Laporan kes tembak mati satu lelaki di Kaw parking terbuka kuil cina Ceylon Kuan Yin temple no 4 lrg ceylon, KL.

Pada hari ini 29/07/13 jam lebih kurang 12.30 tgh simati satu lelaki bernama Hussain Ahmad Najadi. Umur75 thn dgn isteri nama Cheong Mei Kuan umur: 49 tahun telah dtg ke kuil ini atas permintaan penjaga tokong bernama Lim Sook yee utk bincang dgn satu lelaki cina bernama Dato Richard Morais berhubung pembelian saham harta kuil cina kedai 3 tingkat di jln berangan sebanyak Rm300, 000 ribu.

Perjumpaan antara disimati , isterinya dan Dato Richard mengambil masa lebih kurang 20 minit dan Dato Richard telah keluar dari kaw kuil. Selepas itu simati dan isteri telah duduk di kuil cina dgn penjaga kuil utk bincang hal2 lanjut.

Selepas beberapa minit selepas simati dan isterinya berjalan ke kereta dekat kaw parking telah di tembak oleh satu lelaki cina. Simati kena 2das tembak dgn senjata 9mm luger di dada dan 4 dibhg rusuk kiri manakala isteri kena tembak satu das di pergelangan tgn kiri dan satu das di peha kanan.

Simati mati di tmpt kejadian manakala isterinya terima rawatan di hospital Tung Shin. Saspek di percayai 3 lelaki cina lingkungan umur 35-40 thn yg dtg dan tunggu luar kuil cina semasa perjumpaan simati dgn Dato Richard diadakan.

Motif sebenar belum pasti tetapi di percayai mungkin ada kaitan dgn wang pampasan Rm300 ribu yg di tuntut dari pihak kuil sejak kebelakangan ini. - terengganutoday



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Terkini : Lagi Kejadian Mati Ditembak? Daeng Selili Rating: 5 Monday, 29 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!