Tuesday, 30 July 2013

Tanda Putra Jadi Tunda Putra!

Aku tahu ramai yang tidak senang dengan Filem Komunis yang bakal ditayangkan pada 22/08/2013 seola-olah Kerajaan terlalu Friendly dengan pembangkang. 

Hampir rata-rata pengiat medai baru pada mulanya tidak terlalu kisah jika filem "TANDA PUTERA" tidak ditanyangkan akibat bantah keras puak komunis DAP yang tidak mahu rakyat tahu fakta sebenar tragedi 13 Mei yang di dokumentasikan dalam filem itu.

Akan tetapi, hampir keseluruhan mereka hari ini (penggiat media baru) agak terkilan dengan adanya filem komunis "Kampung Bahru Cina" yang berdialog bahasa china dan berunsur hasutan kepada rakyat kononnya Polis adalah dalang penindasan kaum cina di Malaysia di LULUSkan dengan senafas sahaja sedangkan filem TANDA PUTERA mempunyai berlapik lapik saringan dan tunda menunda dari ditayangkan.

Memang tidak syak lagi filem komunis ini digarap penuh untuk kepentingan pemikir komunis di Malaysia.Agaknya mereka (DAP) nak panjat meja tak bantah filem ini?!

Mari baca sedikit kupasan dari rakan blogger aku Encik Pisau

Sebelum ini heboh satu negara apabila sebuah filem yang menceritakan babak hitam 13 Mei 1969 apabila dibantah sekeras kerasnya oleh haprak pakatan terutamanya DAP. Sebolehnya DAP tidak mahu golongan muda dan rakyat Malaysia tahu akan penglibatan parti chauvanis ultrakiasu rasis terlibat apabila secara langsung apatah lagi pemimpinnya yang turut menghalau melayu keluar dari Kuala Lumpur masih berkuasa sehingga sekarang.

Desakan demi desakan hinggakan pihak KDN akur dan tunduk kepada kehendak DAP dan haprak pakatan.Sehingga sekarang Tanda Putera masih tidak ditayangkan sedangkan rakyat diseluruh negara ternanti nanti bilakah rahsia besar kegampangan DAP didedahkan kepada umum.


Apa yang mengejutkan filem perjuangan Parti Komunis Malaya pula diluluskan apatah lagi bakal ditayangkan pada bulan kemerdekaan. Bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis boleh diluluskan sedangkan filem Tanda Putera yang memberi teladan kepada rakyat berbilang kaum agar hormat menghormati dan kesan buruk jika berlakunya perpecahan dilarang ditayangkan.

Alhamdulilah pihak KDN dibawah pimpinan Zahid telah mengambil tindakan pantas apabila mengarahkan pihak LPF menangguhkan tayangan. Namun Pisau berharap pihak KDN dan LPF bukan saja menangguhkan hak tayangan sebaliknya haramkan terus filem yang angkat perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Artikel Penuh : 




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tanda Putra Jadi Tunda Putra! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 30 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!