Friday, 5 July 2013

Speaker Pulau Pinang Tak Faham Makna Demokrasi – Ali Rustam

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam membidas tindakan speaker Dewan Rakyat Pulau Pinang, Law Choo Kiang yang bertindak menggantungkan sesi perbahasan lisan yang disifatkan beliau sebagai tidak menghormati prinsip dan amalan demokrasi yang diguna pakai di negara ini.

Menurut beliau, biarpun speaker mempunyai hak untuk berbuat demikian namun mengikut amalan demokrasi di negara ini, wakil rakyat sepatutnya diberikan peluang untuk dalam sesi perbahasan lisan bagi membentangkan sebarang perbahasan mahupun cadangan demi kebaikan rakyat di negeri itu.

“Saya kira speaker DUN ini tidak tahu apa itu demokrasi. Jika tidak mana mungkin beliau bersikap seperti itu yang jelas melanggar hak dan prinsip amalan demokrasi di negara kita.

“Beliau sepatutnya memberikan peluang kepada wakil rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dalam membahaskan usul. Jika ramai, buatlah bergilir-gilir,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Berhubung insiden tersebut, menurut beliau, ini juga merupakan satu lagi bukti yang jelas di mana parti DAP yang menguasai pentadbiran negeri Pulau Pinang, tidaklah begitu demokratik sepertimana yang selalu mereka katakan.

“Bagi saya, ini adalah bibit-bibit yang bakal memperlihatkan munculnya sistem pentadbiran yang berdasarkan kuku besi dan autokrasi yang akan diamalkan oleh kepimpinan DAP di peringkat negeri. “Jika sebelum ini, amalan kuku besi hanya berlegar di dalam parti tersebut saja, tetapi hari ini kepimpinan DAP cuba mengamalkan kepimpinan kuku besi di peringkat kerajaan negeri pula,” ujarnya.

Tambahnya lagi, peristiwa tersebut juga merupakan satu sikap kepimpinan DAP yang boleh di nilai oleh rakyat di negara ini, khususnya rakyat di Pulau Pinang, apakah DAP merupakan sebuah parti yang mengamalkan dan menghormati sepenuhnya amalan demokrasi di negara ini.

“Saya cadangkan pada kerajaan DAP agar melantik speaker baru bagi menggantikan speaker yang sedia ada, kerana Law mungkin tidak tahu apa itu maksudnya sistem amalan demokrasi yang diamalkan negara.

“Saya kira jika kerajaan DAP mahu tukar speaker yang baru, individu itu perlulah mereka yang berpengalaman, faham perjalanan persidangan dewan dan yang paling penting ialah menghormati prinsip dan amalan demokrasi di negara ini,” akhiri beliau.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Speaker Pulau Pinang Tak Faham Makna Demokrasi – Ali Rustam Daeng Selili Rating: 5 Friday, 5 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!