Saturday, 13 July 2013

Siti Salbiah Osman Yakin Suami Galas Tugas!

Isteri kepada calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Siti Salbiah Osman mengakui beliau berdebar berdepan dengan PRK namun sentiasa memberi sokongan kepada Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mengekalkan kemenangan BN sebagai teraju kepimpinan.

“Ini adalah kepercayaan yang tinggi buat suami saya dan saya percaya bahawa beliau akan terus mendapat sokongan terutamanya dari golongan muda.”

Jelas beliau, memandangkan ini adalah kali pertama golongan muda diberi peluang di kawasan terbabit maka tentunya ia dapat menarik golongan terbabit untuk memilih BN sebagai pemimpin tempatan.

“Saya percaya bahawa suami saya akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”

Tegasnya, beliau bersedia berdepan dengan cabaran yang bakal dihadapi sepanjang berkempen dan yakin PRK tersebut akan berlangsung lancar.
PRK Kuala Besut yang berlangsung dalam bulan Ramadan turut mengubah kehidupan pasangan terbabit dan Siti Salbiah mengakui suaminya masih tidak berkesempatan berbuka bersama beliau dan keluarga.

“Suami saya gemar makan ikan bakar dan ayam percik namun saya dan anak-anak memahami kesibukannya berdepan dengan PRK ini,” katanya yang menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2 - MU




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Siti Salbiah Osman Yakin Suami Galas Tugas! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 13 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!