Wednesday, 17 July 2013

Si Sotong Main Fitnah Bulan Puasa

Selepas mentornya al-anwar al-lalala gagal meraih sokongan penuh berdemonstrasi syirik BLACKOUT 505, Rafizi timbul menyerang SPR iaitu dengan mempersoalkan Isu Dakwat Kekal, Kenapa tak bawa isu blackout hingga sanggup mengheret penyokong naif ke jalanan?


Senang ceritalah, Rafizi nie no ic opah aku pun dia tahu, tak caya tanya dia!Rafizi memulakan rancang mudah, Untuk menimbulkan kekeliruan dan perseppsi yang tidak baik dikalangan rakyat beliau akan menyerang SPR yang diketuai.


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.

“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar.


“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.

Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah 'rakan rapat' pemimpin tertinggi SPR.

Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.

Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi. - sumber


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan kepada Dewan Rakyat seorang usahawan bernama Mohamed Salleh Mohd Ali sebagai individu yang bertanggungjawab membekal dakwat kekal pada PRU13.

Beliau mendakwa, usahawan itu mendapat tender terus daripada SPR membekalkan topi, kemeja-T dan dakwat kekal.

Dakwa beliau lagi, Mohamed Salleh pakar dalam rundingan terus apabila memperolehi banyak projek kerajaan termasuk bersama Kementerian Pertahanan.

"Pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya. Ada tiga syarikat dikawal oleh niagawan ini, salah satunya syarikat Intergrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Sebab itu saya minta menteri sebut sebelum kami dedahkan, sebab selepas keluar (pendedahan) akan datang persepsi tidak baik.

"Ada dua syarikat lagi masuk dalam rundingan terus yang dikawal Mohamed Salleh ini," katanya pada sesi pembahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan, hari ini.

Menurut Rafizi, maklumat yang diperolehi itu daripada orang dalam SPR sendiri.

"Saya minta menteri sahkan maklumat yang kami terima ini.

"Apa tindakan akan diambil kepada pakar rundingan terus ini?," soalnya.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang mencelah perbahasan itu, mempersoalkan pendedahan yang dibuat Rafizi.

"Di mana salahnya? Soal rundingan terus bukan menjadi amalan sekarang tetapi menjadi amalan dari pimpinan terdahulu termasuk ketika Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan," katanya.

Membidas kenyataan itu, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) berkata, ada banyak kelemahan melibatkan rundingan terus sehingga dakwat kekal yang dijanjikan tidak kekal.

"Kesalahan itu adalah bila rundingan terus dibeli pada harga jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan kualiti barang yang sudah rosak," katanya.

Dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu mengundang pelbagai kontroversi apabila ia tidak mampu bertahan lama sepertimana yang diuar-uarkan SPR.

Ekoran itu, pelbagai siri bantahan dan petisyen difailkan PR dan BN kerana meragui keputusan PRU13 di beberapa kawasan Parlimen dan Dun yang didakwa berlaku penipuan pilihan raya. - Sumber

SPR bawah Parlimen..Nik Aziz suko...dia tak suko pulop....Tak padan dengan "sotong"!!!!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Si Sotong Main Fitnah Bulan Puasa Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 17 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!