Saturday, 13 July 2013

Sengaja Kelirukan Rakyat Kononnya Popular?!

Pembangkang sengaja mengelirukan rakyat bagi menutup kegagalan dalam pilihan raya lalu dan sengaja membangkit isu undi popular, sedangkan mereka amat memahami proses pilihan raya di negara ini yang telah dilaksanakan sejak merdeka.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata tindakan pembangkang yang sengaja membangkitkan isu undi popular kerana mereka sudah ketandusan idea selepas usaha mereka untuk memperlekehkan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mendapat sambutan.

“Sejak lepas pilihan raya lalu, pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkang untuk memburuk-burukan kerajaan, mereka membuat pelbagai tuduhan termasuk menuduh pilihan raya lalu sebagai tidak bersih, penuh dengan penipuan.

“Pembangkang sehingga kini masih tidak dapat menunjukkan bukti seperti apa yang diperkatakan, pembangkang hanya pandai bercakap untuk menarik perhatian rakyat tanpa sebarang bukti seperti apa yang sering dilakukan untuk mengaburi mata rakyat.

“Kini mereka menggunakan isu undi popular untuk mengelirukan rakyat, mereka bukannya tidak faham mengenai sistem pilihan raya di negara ini tetapi sengaja membangkitkan isu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang tidak henti-henti membangkitkan isu undi popular ketika Persidangan Dewan Rakyat.

Abdul Rahman menyifatkan pembangkang tidak akan berhenti untuk membangkitkan apa jua isu yang difikirkan boleh menjadikan mereka popular sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat dan negara.

“Sudah menjadi sifat pembangkang, mereka akan membawa apa sahaja isu untuk dapat perhatian, walaupun perkara itu tidak benar mereka akan cuba memperdayakan rakyat kononnya apa yang dibangkitkan itu betul walaupun mereka mengetahui cerita sebenarnya.

“Bukanlah suatu yang pelik kepada pembangkang yang sengaja mencari silap kepada kerajaan tetapi jika sebaliknya mereka akan cuba menyembunyikan perkara berkenaan.

“Jika benar pilihan raya lalu sebagai tidak telus, mereka sepatutnya tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan seperti yang diwar-warkan, mereka juga tidak akan menerima kemenangan di negeri yang mereka menang, tetapi apa yang berlaku adalah berbeza dengan apa yang mereka katakan,” katanya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sengaja Kelirukan Rakyat Kononnya Popular?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 13 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!