Tuesday, 2 July 2013

Seludup Dadah Ke Malaysia Guna Bekas i-Pad

Percubaan kali pertama seorang 'keldai dadah’ menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 9.55 kilogram bernilai RM1.8 juta dalam 29 bekas gajet iPad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini gagal apabila ditahan kastam pada Selasa lalu.

Suspek yang merupakan lelaki warganegara India berumur 31 tahun ditahan pada pukul 1 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai kastam di lapangan terbang tersebut.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, suspek ditahan selepas imbasan ke atas sebuah bagasi yang dibawanya mendapati terdapat imej yang mencurigakan.

"Ini merupakan taktik baharu yang digunakan oleh keldai dadah dengan memasukkan dadah ke dalam 29 bekas iPad dengan alasan mahu menjual bekas tersebut ke negara ini.

"Kita bernasib baik kerana mesin pengimbas itu membantu mengesan dadah tersebut kerana jika sekali tengok tiada sebarang perkara ganjil dikesan pada suspek itu," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam KLIA di sini hari ini.

Menurut Chik Omar, tangkapan tersebut adalah kes menyeludup dadah keenam berjaya dipatahkan oleh pihaknya di KLIA sepanjang bulan lalu. 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Seludup Dadah Ke Malaysia Guna Bekas i-Pad Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 2 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!