Monday, 22 July 2013

Saya Mahu Pertahankan : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, keputusan tersebut telah dijelaskan sebelum ini dan menerima secara terbuka sekiranya ada pihak mahu merebut jawatan tersebut.

"Saya sudah buat keputusan dengan jelas, saya mahu pertahankan jawatan yang saya sandang sekarang.

"Saya tidak ada pelan yang lebih besar. Saya menahan diri daripada naik ke atas atau turun ke bawah, saya sangat terbuka dan mereka yang mempunyai kelayakan untuk bertanding, silakan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menziarahi beberapa keluarga miskin di sekitar Kampung Gong Nering, dekat sini hari ini.

Beliau berada di sini dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan akan mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO.

Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga penyandang jawatan tersebut belum membuat sebarang kenyataan. - utusan




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Saya Mahu Pertahankan : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Daeng Selili Rating: 5 Monday, 22 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!