Tuesday, 30 July 2013

Ratu Cantik : Fatwa tidak boleh diperdebatkan

Kerajaan tetap tidak membenarkan gadis Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik walaupun penganjur sedia mengubah format, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar).

"Ini bukan mengenai format tidak memakai bikini. Dalam fatwa jelas menunjukkan gadis Melayu-Islam tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.


Beliau merujuk kenyataan penganjur, Datuk Anna Lim yang mahu mengubah format dengan tidak memakai bikini sebaliknya kain sarong supaya peserta Melayu-Islam dibenarkan menyertai pertandingan itu.

Pertandingan Miss Malaysia World 2013 mencetuskan kontroversi apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengarahkan penganjur mengugurkan empat peserta Melayu Islam dari menyertainya.

Mereka didakwa berdegil dan tetap mahu bertanding hingga menyebabkan Jawi membuka kertas siasatan bagi mengenakan tindakan terhadap keempat-empat peserta itu.

Jamil berkata, sebarang pertandingan ratu cantik tidak dibenarkan tetapi beliau tidak menjelaskan sama ada pertandingan lain turut boleh dikategori seumpama pertandingan itu.

“Majlis Fatwa sebut pertandingan ratu cantik. Jadi ia tentang pertandingan itu. Saya tidak nampak mengapa perlu diperdebat lagi. Tidak kira apapun, asal pertandingan ratu cantik, maka tidak boleh," katanya.

Bercakap selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Hospital Kuala Lumpur, hari ini, Jamil menyelar sesetengah pihak yang cuba memperdebat fatwa, sekaligus menjadikan isu bertambah rumit, malah beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan jika ada pihak didapati menghina fatwa.

"Fatwa tidak boleh diperdebat. Saya tidak tahu negara lain tapi di negara ini, saya ulang fatwa tidak boleh diperdebatkan sama sekali,” katanya.

Ditanya sama ada penganjur pertandingan ratu cantik boleh dikenakan tindakan, beliau berkata kerajaan tidak boleh mendakwa penganjur kerana undang-undang syariah tertakluk kepada orang Islam sahaja. - MI, Isnin 29 Julai, 2013.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ratu Cantik : Fatwa tidak boleh diperdebatkan Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 30 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!