Sunday, 7 July 2013

Ramas Kecam Kecam?!


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mohammed Mursi.

Ketuanya Khairy Jamakuddin berkata insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja telah meragut nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana.

“Harus diingat bahawa Presiden Mohammed Mursi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihan raya dan bukannya rusuhan jalanan.

“Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan sahaja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat”, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tegas Khairy lagi ini adalah satu iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua.

Tambah beliau sebarang tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya.

“Pada masa yang sama, saya mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di sana dan menasihati mereka agar tidak menghampiri kawasan yang berisiko tinggi.

“Saya juga berharap Kementerian Luar akan terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persiapan awal sekiranya kita terpaksa memindahkan rakyat Malaysia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku” ujarnya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ramas Kecam Kecam?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 7 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!