Friday, 5 July 2013

Puteri UMNO Yakin Pertahan Kuala Besut

Puteri UMNO Besut laungkan keyakinan mampu menangkis apa jua taktik dan propaganda pembangkang yang dilihat terlebih ghairah untuk menawan DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr A Rahman Mokhtar kerana mengidap kanser paru-paru, pada Rabu minggu lalu.

Justeru Ketua Puteri UMNO Besut, Che Senah Che Sulaiman berkata pihaknya sudah bersedia dengan pelbagai persiapan termasuk strategi menyerang balas terhadap apa jua isu-isu yang direka cipta pembangkang seperti mana yang mereka sentiasa lakukan dalam setiap pilihanraya.

Pada masa yang sama beliau juga berkata Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan propaganda awal pembangkang kononnya akan meletakkan calon yang cukup dikenali dan ramai peminat kerana pengundi di DUN Kuala Besut ini mempunyai penilaian tertentu bukan sekadar populariti semata-mata yang menjadi ukuran.

“Puteri UMNO sudah pun membuat persiapan dan mengadakan mesyuarat untuk pilihan raya ini, walaupun dikatakan pembangkang akan meletakkan calon dikenali dan mempunyai ramai peminat, namun itu tidak menjadi penghalang untuk BN terus mempertahankan DUN Kuala Besut.

“Pelbagai program telah dirancang sepanjang tempoh pilihan raya nanti untuk bertemu dengan seramai mana pengundi di Kuala Besut, walaupun kita baru selesai dengan pilihan raya umum, namun tanggungjawab untuk bertemu dan memberi penerangan kepada pengundi akan tetap dilakukan.

“Suasana pilihan raya kecil adalah berbeza dengan pilihan raya umum, sudah pasti Kuala Besut akan menjadi tumpuan semua pihak terutama pembangkang yang ingin menang bagi menidakkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui BN.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13, Allahyarham berjaya mengalahkan calon Pas, Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Pada PRU 13, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan dengan kelebihan dua kerusi (17- 15) daripada pembangkang, berikutan kekosongan DUN Kuala Besut, jumlah kerusi yang dimiliki oleh BN adalah 16 berbanding pembangkang 15 kerusi., berikutan itu pilihan raya kecil Kuala Besut menjadi tumpuan kepada kedua-dua pihak.

Che Senah, berkata walaupun pilihan raya kecil ini berkemungkinan diadakan pada bulan Ramadan, namun ia tidak menjadi masalah kepada BN terutamanya Puteri UMNO kerana ia bukanlah pertama kali pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan.

“Pelbagai program sudah dirancang dan disesuaikan berikutan mungkin pilihan raya akan diadakan pada bulan puasa, sudah ia agak berbeza dengan hari biasa, Puteri UMNO akan menyesuaikan dengan suasana berkenaan supaya tidak menganggu kesucian bulan Ramadan,” katanya.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Puteri UMNO Yakin Pertahan Kuala Besut Daeng Selili Rating: 5 Friday, 5 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!