Monday, 1 July 2013

PRK Besut : BN Tak Perlu Bertanding?

Sebarang Keputusan PRK DUN Kuala Besut Tidak Jejaskan Kerajaan BN Terengganu –Ahmad Maslan



BESUT: Sebarang keputusan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak akan membawa kepada perubahan pimpinan kerajaan negeri Terengganu yang kini diterajui Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata biarpun kedudukan akan menjadi 16-16 seandainya kemenangan menyebelahi pembangkang namun undi pemutus Speaker DUN, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, bakal merubah kedudukan menjadi 17-16 membolehkan BN terus berkuasa di negeri ini.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Said sebelum berlaku kekosongan kerusi di DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A Rahman Mokhtar, Selasa lalu.

Bagaimanapun, Ahmad berkata keputusan ini amat penting bagi BN untuk menjamin kestabilan politik di Terengganu dan berharap keadaan akan menjadi stabil dalam negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat veteran Umno Besut iaitu bekas ketua wanita UMNO cawangan Kampung Tok Saboh, Wan Mek Wan Embong, 93 yang kini uzur dekat sini, Ahad.

Sementara itu, beliau berkata BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil itu dan tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan dalam bulan Ramadan.

Katanya, pelbagai kaedah tertentu akan digunakan untuk berkempen bersesuaian dengan bulan yang mulia itu. - sumber



Jujurnya aku getik ayat orang macam nie...jangan cerita pasal kuasa..jejas atau tidak jejas...ini pasal kebajikan rakyat Besut! 

Sewajarnya Maslan kena la berikan kata-kata semangat agar BN mempertahakan kerusi disitu bukan ambil mudah. Jikalau PR menang disitu?BN lepas tangan selepas dapat memerintah???Tolong la Maslan..

jangan terlalu selesa dikerusi empuk..silap hari bulan kau kena henpuk..sepak berbuih mulut kang....17 je pun kerusi tu bukan 20 atau 30 nak bersenang2...Perak pun 2x5 menang cupuy2 silap haribulan MB Pangkor balik kampung naik sampan la kalau diperingkat pusat pun selesa melangut. 2-3 menjak nie ramai duk buat stetment beso kepala...Kes Jongkey walk tu satu hal...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PRK Besut : BN Tak Perlu Bertanding? Daeng Selili Rating: 5 Monday, 1 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!