Monday, 29 July 2013

Pemilihan UMNO Lebih Terbuka dan Demokratik – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno akan menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif pada pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Oktober ini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata ini kerana pemilihan itu akan dijalankan berdasarkan kepada perlembagaan parti yang baharu.

“Pemilihan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berdasarkan perlembagaan baharu parti, insya-Allah, bakal menjadikan UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Pada mesyuarat MT semalam, Najib mengumumkan tarikh pemilihan jawatan MT UMNO akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Okt ini.

Pindaan perlembagaan UMNO yang diluluskan pada 2009 antara lain meningkatkanjumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkatbahagian, selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akanmembuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ni.

Sementara itu, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan PuteriUmno akan diadakan secara berasingan pada 28 Sept ini, dan Perhimpunan AgungUmno akan diadakan dari 2 hingga 7 Dis ini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pemilihan UMNO Lebih Terbuka dan Demokratik – Najib Daeng Selili Rating: 5 Monday, 29 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!