Monday, 1 July 2013

PAS Boikot PKR?

Semasa demonstrasi black-out yang telah menyebabkan al-juburi mengangkat sumpah secara rela pun orang PAS dah mula rasa tertipu, mana tidaknya seorang pro-PKR dalam pengaruh facebooknya (siKote Reformasi) dan cikgu Burd duk meroyan dengan pucuk pimpinan PKR dipucuki oleh aljubur.


Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.

Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.

“Pimpinan Pakatan kena berbincang dahulu betul-betul kalau hendak memboikot (PRK DUN Kuala Besut), apa-apa keputusan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam satu majlis di Kulaijaya, Johor hari ini mencadangkan Pas untuk memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Kuala Besut menyaksikan kekosongan selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair pada 26 Jun lalu.

Menurut Mustafa, biarpun cadangan untuk memboikot dikemukakan, Pas akan tetap membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

“Bagi Pas, kita akan tetap membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, itu tanggungjawab kita dengan dibantu rakan-rakan parti pakatan," katanya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PAS Boikot PKR? Daeng Selili Rating: 5 Monday, 1 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!