Wednesday, 17 July 2013

Orang Yang Tak Ada Akal Tidak Boleh Diajar - Tun Mahathir

Isu penghinaan Islam oleh pelakun k-porn Avlin dan Vivian mengundang kemarahan dari pelbagai pihak hinggakan isu ini diheret ke Parlimen sampai 6-7 orang MP PR meloncat bila Bung Moktar menjentik-jentik "hidung" mereka. 

Jika sebelum ini perilaku yang diimaginasikan dari tindakan segelintir pemimpin Komunis DAP iaitu tak lain tak bukan si tua keladi botak Nge Koh Ham yang mempersendakan umat islam dan diikuti pelakon terbodoh abad 21 Patrik Teo yang menyentuh hukum menutup aurat dan (dengan niat) mempersendakankan Al-Quran. 

Jika Alvivian boleh dilucutkan kerakyatan, Bagaimana pula dengan Patrik Teo?Dan Seekor lagi Ibu Lembu Betina Jadian Siambiga?!

Parti Islam Semalaya (PIS - atau ditukarnama PAS) sehingga kehari ini tidak memberikan tindak balas sepatutnya sebagai Parti yang (kononnya) mempertahankan agama Islam dan ajarannya, Kemanakah pro-PAS dan Unit Amal yang bersiap siaga untuk melaungkan jihat dan menentang @ mengecam perbuatan k-porn ini? Sibuk dengan PRK Kuala Besut? Islam kena hina ini, mana korang?!!!




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang , mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan.

Katanya, namun undang-undang di negara ini tidak pernah melucutkan kewarganegaraan seseorang. Jelasnya, perbuatan menceroboh agama lain adalah perkara yang tidak baik dan boleh sampai ke peringkat mencetuskan rusuhan .

"Jika kita lihat, di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, namun Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan itu. Namun, apa yang kita nampak perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan balas lalu bermusuh

"Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh di ajar," katanya ketika majlis berbuka puasa dan solat terawih anjuran Proton di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Alvin Tay Jye Yee, 25, dan pasangannya, Vivian Lee, 24, yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Beliau menambah, jika berlaku rusuhan , mereka ini tidak akan bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas jika tidak dilucutkan kewarganegaraan.

Selain itu, Mahathir turut berkata, undang-undang dibuat adalah untuk menentukan hidup kita lebih selesa.

"Undang-undang dibuat untuk menjadikan masayarkat kita lebih sempurna dan jika mansuhkan semua undang-undang, saya fikir kita akan binasa," katanya.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Orang Yang Tak Ada Akal Tidak Boleh Diajar - Tun Mahathir Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 17 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!