Wednesday, 31 July 2013

Nelayan Nikmati 7.7 Bilion Liter Diesel Bersubsidi

Setakat Mac lepas, kerajaan telah mengagihkan 7.7 bilion liter diesel kepada nelayan dan pemilik bot membabitkan subsidi bernilai RM11.1 bilion.


Jumlah itu melibatkan 34,000 nelayan dan 6,800 pemilik bot, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau yang menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit itu, juga berkata kerajaan menggunakan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) bagi mencegah nelayan menjual tangkapan kepada pihak lain di laut tanpa mendaratkannya di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam jumlah ditetapkan.


“Selain itu kita kita juga memberi insentif sebanyak 10 sen bagi setiap kilo ikan yang didaratkan di jeti LKIM bagi mengelak subsidi yang diberi disalah guna,” katanya.

Mengulas mengenai pendaratan ikan di seluruh negara, Tajuddin berkata pada 2010 sebanyak 1.3 juta tan metrik ikan dengan nilai RM6.65 juta didaratkan, manakala pada 2011 sebanyak 1.37 juta tan metrik (RM6.69 juta) dan pada 2012 1.47 juta tan metrik dengan nilai RM7.78 juta.

Dalam usaha mengawal harga pasaran ikan, Tajuddin berkata LKIM telah mewujudkan pembinaan pasar nelayan bagi membolehkan nelayan menjual terus kepada pengguna.

Katanya setakat ini 75 pasar nelayan telah diwujudkan dan 100 buah lagi disasarkan bagi tempoh 2013 hingga 2015.

“Bagi program Ikan Rakyat iaitu pemasaran tujuh jenis ikan secara sejuk beku, sebanyak 35 buah kedai Ikan Rakyat telah wujud dan 100 lagi akan diwujudkan menjelang 2015,” katanya.

Selain itu kementerian juga menjalankan promosi ikan air tawar dan mengusahakan beberapa langkah untuk meningkatkan pengeluaran ikan terbabit bagi menyeimbangkan pengeluarannya dengan ikan marin.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nelayan Nikmati 7.7 Bilion Liter Diesel Bersubsidi Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 31 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!