Sunday, 14 July 2013

Mencegah Lebih Baik - Tun Mahathir

Aku amat bersetuju dengan mantan PM yang mengutarakan bahawasanya ISA wajar dikekal untuk keharmonian rakyat Malaysia, Didalam menepis perbuatan pembangkang yang mendapat bantuan anasir-anasir luar kini ISA sangat releven kepada rakyat negara ini.

Lihat la cara persembahan pembangkang hari ini menghasut rakyat dengan pelbagai persepsi yang bakal meruntuhkan kemajuan dan keharmonian Malaysia.

-----------------------

Pemansuhan beberapa akta menjurus kepada pencegahan sebelum ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kekerapan berlakunya jenayah di negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bekas Perdana Menteri berkata, punca peningkatan jenayah disebabkan kurangnya tindakan pencegahan yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO). 

“Akibat kurangnya tindakan pencegahan, menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat. Saya lihat ada kaitan antara jumlah jenayah sekarang dengan kurangnya tindakan pencegahan. 

Mencegah lebih baik 

“Ini disebabkan mencegah adalah lebih baik dari menunggu dari jenayah itu berlaku,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Autobiografi Mata-mata Menjadi Permata hasil nukilan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd, Datuk Abd Rahman Ibrahim di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), semalam. 

Buku itu berkisar mengenai pengalaman Abd Rahman dalam dunia perniagaan selepas berkhidmat sebagai anggota polis selama 13 tahun sehingga 1976. 

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948. 
Mengulas mengenai akta menjurus kepada pencegahan jenayah, Dr Mahathir memberi contoh pemansuhan ISA adalah satu kerugian kerana akta itu diwujudkan atas sebab tertentu, terutama dalam aspek mencegah jenayah. 

ISA untuk cegah jenayah 

“Kita wujudkan ISA kerana ada sebab...kalau kita nak tunggu jenayah itu berlaku dan hukum orang yang melakukan jenayah, yang tidak bernasib baik adalah orang yang menjadi mangsa jenayah. 

“ISA adalah undang-undang yang dibuat untuk mencegah.. ia bukanlah undang-undang yang tidak baik. Tetapi ia (ISA) menjadi tidak baik jika disalahguna,” katanya.

-Berita Harian



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mencegah Lebih Baik - Tun Mahathir Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 14 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!