Thursday, 18 July 2013

Kita Lemah Atau Terlalu Banyak Ruang?!

Baru baru ini kita digemparkan dengan kejadian penghinaan bukan Islam terhadap agama islam di Malaysia, Ingin aku kongsikan bertapa sedihnya rasa hati bila mana ada yang cuba memanipulasikan kejadian tersebut.



SKMM dikhabarkan meletakkan sejumlah denda dan ia menimbulkan rasa kurang senang dikalangan penyokong Kerajaan walaupun Anwar didalam dewan rakyat bersedia menyokong tindakkan kerajaan untuk menghukum individu tersebut.

Aku nak ingatkan kepada Peguam Negara agar meletakkan dakwaan yang kukuh agar manusia seperti ini bakal menjadi contoh bertapa tegasnya kerajaan Islam Malaysia terhadap perilaku seperti ini, ini tidak memberikan teladan yang baik pada muda mudi hari ini sungguhpun beberapa individu seperti Nge Ko Ham dan Patrik Teo telah membuat langkah awal dalam isu menghina Umat Islam dan ianya secara langsung menghina Islam agama RASMI NEGARA!

Berbicara panjang tentang permasalahan ini ibarat cuba melenturkan undang-undang, aku bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir yang menyokong tindakkan melucutkan kenegaraan individu tersebut. Ianya satu langkah yang tepat dan amat memberikan kesan yang sangat baik dijangka masa akan datang kerana, sebarang tindak tanduk yang melebihi batas sewajarnya dihukum dengan tegas dan ianya bakal menjadi penanda aras dalam sebarang tindakkan provokasi oleh bukan islam yang rata-rata berkeliaran di Alam Maya (Cybertrooper khususnya).

Hari ini juga didalam facebook terutamanya, manusia perlbagai wajah dijumpai dan didalam ini juga terbitnya gerakkan-gerakkan yang menyumbang kepada penentang secara halus dengan agama Islam di Malaysia, Jika tidak suka Malaysia dan Agama Rasmi negara ini sila keluar dari sini dengan cara terhormat.

Umat islam dinasihatkan berhati-hati dengan sebarang bentuk penaklukan pemikiran yang cuba diperjuangkan oleh segelintir puak kafir yang tidak kenal halal haram.



Satu facebook fan-page yang berbaur hinaan dan hasutan membenci islam dan perundangan Malaysia. https://www.facebook.com/MurtadsInMalaysiaAndSingapore

Agaknya apa tindakkan kita?!
Kita Lemah Atau Terlalu Banyak Ruang?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 18 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!