Friday, 19 July 2013

Kisah Zainal Abidin Yang Pilu

Cadangan membina sebuah bilik khas yang dilengkapi kemudahan tandas untuk keselesaan warga emas uzur, Zainal Abidin Abdullah, 79, dari Kampung Sungai Petai, dekat Changkat Jering akhirnya mendapat reaksi positif daripada pihak keluarganya.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), Datuk Ismail Saffian, keluarga Zainal Abidin sudah memberi persetujuan kepada pihaknya untuk membina sebuah bilik yang bersambung dengan rumah adiknya, Azizah.

“Melihat keadaannya yang mengalami gangguan mental, saya tidak fikir Zainal Abidin mampu hidup bersendirian kerana masih memerlukan penjagaan rapi daripada keluarganya,” katanya kepada PerakToday.com yang ditemui di Ipoh, hari ini.

Kata Ismail, projek yang dianggarkan menelan kos sekitar RM15,000 akan dijalankan dengan segera dan ketika ini, pihaknya masih dalam proses mendapatkan sebut harga untuk membina bilik khas tersebut.

Sebelum ini, kisah Zainal Abidin yang mendiami sebuah rumah usang yang dibina arwah bapanya di Kampung Sungai Petai, dekat Changkat Jering sejak 20 tahun lalu mendapat liputan meluas media tempatan.

Keadaan rumah pusakanya yang ibarat menunggu masa menyembah bumi menyebabkan anak sulung daripada tujuh adik beradik itu terpaksa berpindah dan tinggal bersama adiknya, Azizah sejak tiga bulan lalu.

Prihatin dengan nasib yang menimpa warga emas itu, Ismail turun padang meninjau sendiri kesulitan yang dihadapi Zainal Abidin yang turut disahkan mengalami gangguan mental.

Ismail menegaskan, nama warga emas itu juga tidak tersenarai dalam daftar e-Kasih, sekaligus tidak layak menerima bantuan membina rumah baru bagi menggantikan rumah papan yang semakin usang.

Beliau berkata, pihak keluarga Azizah pernah mengemukakan permohonan kepada pihak kerajaan untuk membina rumah baru yang selesa untuk didiami Zainal Abidin tetapi malangnya tiada sebarang reaksi positif diterima sehingga hari ini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kisah Zainal Abidin Yang Pilu Daeng Selili Rating: 5 Friday, 19 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!