Wednesday, 17 July 2013

Kerajaan Rampas Tanah Rakyat Tok Saboh?

Kerajaan BN yang hendak membina rumah flat perumahan rakyat setinggi empat tingkat yang dilakukan pecah tanah oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 13 Julai lalu pun difitnah dengan isu-isu yang diputar belitkan oleh Pas.

Flat tersebut mengandungi 72 unit rumah berharga RM10.35 juta di Kampung Kandang Lembu,Tok Saboh telah mula difitnah oleh Pas dengan isu kononnya menzalimi rakyat. 

Kerajaan tidak dapat melakukan kerja-kerja pembinaan flat empat tingkat untuk perpindahan rakyat dari Kampung Pangkalan Atap Kuala Besut yang dilanda ombak, berikutan rentahan haram dan binaan bangunan di atas tanah kerajaan oleh seorang dua itu.


Mereka yang terbabit itu sebenarnya melanggar undang-undang "Rentahan Haram" di tanah kawasan Bangsal Lembu Kampong Tok Saboh, Mukim Kuala Besut, Daerah Besut. Kesalahan yang mereka lakukan ialah di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara iaitu'MENDIRIKAN BANGUNAN DI ATAS TANAH KERAJAAN'

LAPORAN PENUH : Terengganu Today







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kerajaan Rampas Tanah Rakyat Tok Saboh? Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 17 July 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!